Beberapa berita akhbar kaitan ternakan..

Insentif tunai untuk penternak

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

Peruntukan RM213 juta galak pengusaha kecil tingkat bekalan makanan

RAWANG: Penternak lembu, kambing dan ayam di negara ini akan diberikan insentif berbentuk wang tunai berdasarkan jumlah pengeluaran, mulai bulan depan bagi meringankan beban mereka berikutan kenaikan kos operasi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata pemberian insentif yang difokuskan kepada pengusaha dan penternak kecil itu juga bertujuan meningkatkan bekalan bahan makanan rakyat menerusi Dasar Jaminan Bekalan Makanan.

Beliau menjelaskan, insentif berkenaan layak diterima individu mengikut kategori ditetapkan kerajaan iaitu memiliki kurang 20,000 ayam bagi penternak ayam dan semua pengusaha ternakan lembu serta kambing.

"Jumlah bantuan akan ditetapkan mengikut formula dirangka atau berdasarkan pengeluaran penternak berkenaan, Seperti contoh, bagi seorang penternak lembu yang mengeluarkan 50 liter susu sehari, mereka akan menerima bantuan kira-kira RM300 sebulan.

"Bagi lembu fidlot pula, mereka yang memiliki 30 lembu dengan keluasan ladang 100 ekar, jumlah bantuan bakal diterima mereka adalah berjumlah RM3,000 bagi tempoh tiga bulan," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke ladang penternakan kambing Boer milik Ar-Raudhah Farm Sdn Bhd di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin dan Pengerusi Ar-Raudhah, Datuk Bistamam Ramli.

Menerusi format pengiraan bagi menentukan jumlah bantuan, penternak lembu secara kecil-kecilan akan dibayar 19.59 sen bagi setiap liter susu dikeluarkan, manakala komersial pula sebanyak 6.55 sen.

Bagi lembu fidlot, kerajaan akan membayar RM1.12 kecil-kecilan) dan 75 sen (komersial) kepada pengusaha yang dikira berdasarkan pengeluaran.

Bagi penternakan lembu secara integrasi yang majoritinya dijalankan penternak di negara ini pula, kerajaan menetapkan setiap kilogram dikeluarkan penternak akan dibayar 60 sen (kecil-kecilan) serta 20 sen (komersial).

Sementara itu, bagi penternak kambing, pengusaha jenis kecil-kecilan akan menerima 90 sen dikeluarkan, manakala 30 sen bagi mereka yang menjalankannya secara komersial. Bagi ayam pula, pengusaha akan menerima 78 sen bagi setiap kali pusingan pengeluaran.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kerajaan memperuntukkan RM213 juta untuk tempoh enam bulan sehingga Disember ini bagi memberikan bantuan kepada penternak terbabit supaya mereka dapat mengeluarkan produktiviti seperti biasa.

"Kami memperolehnya daripada RM513 juta yang diperuntukkan khusus bagi menampung pemberian insentif empat komponen dalam Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang sebelum ini nelayan serta penanaman sayur diumumkan jenis bantuan. Hanya padi belum diumumkan lagi," katanya.

RAWANG, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka mampu mencapai sasaran menghasilkan sebanyak 25 peratus daging kambing tempatan menjelang 2015 berbanding cuma sembilan peratus sekarang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed. Beliau berkata sasaran itu adalah bagi mengurangkan penggantungan negara kepada daging kambing import. Pada masa sekarang kebanyakan daging kambing diimport dari Australia, New Zealand, China, Thailand dan Indonesia. "Hari ini negara cuma ada kira-kira 300,000 ekor kambing sahaja. Tahun 2015 kita nak tambah kepada 1.1 juta ekor kambing dan apa yang penting kita (kerajaan) nak swasta juga melabur dalam bidang ini (ternakan kambing)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan kambing Ar-Raudah di Kuang dekat sini, Ahad. Pada lawatan itu beliau turut menyampaikan sijil tamat kursus kepada seramai 24 orang peserta Program Kursus Pembangunan Usahawan (Ternakan Kambing) yang datang dari seluruh negara. Dalam masa yang sama, Mustapa berkata kerajaan juga akan mengumumkan insentif kepada penternak kambing bagi membantu meringankan beban mereka berikutan kenaikan kos bahan makanan ternakan seperti "pallet" (sejenis makanan kambing) selepas kenaikan harga bahan api pada 4 Jun lalu. Katanya dianggarkan lebih 21,000 penternak kambing di seluruh negara layak menikmati insentif itu yang akan diumumkan nanti. Sementara itu, beliau berkata bagi penternakan lembu, penternak lembu susu yang menghasilkan 50 liter susu sehari akan menerima bayaran insentif sebanyak RM300 sebulan manakala bagi penternak yang mempunyai 30 ekor lembu feedlot akan menerima sebanyak RM3,000 untuk setiap pusingan yang mengambil masa selama tiga bulan untuk satu pusingan. "Bagi penternak ayam pula, yang mempunyai ayam yang lebih daripada 20,000 ekor, mereka tak layak terima bantuan (insentif). Yang layak cuma kurang daripada 20,000 ekor ayam. "Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM513 juta insentif kepada pekebun sayur, akuakultur dan ternakan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM213 juta adalah untuk penternakan seperti ayam, kambing dan lembu," katanya. Pemberian insentif sebanyak RM81 setan juga akan diberi kepada petani yang terlibat dalam penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di seluruh negara dan seramai 70,000 nelayan laut dalam dan pesisir pantai juga akan menikmati insentif yang sama sebanyak RM200 sebulan dan dijangka menerimanya pada awal bulan depan. -- BERNAMA

Ke Kedah..jelapang padi

aku kedah hujung minggu baru ni..ziarah keluarga datuk sebelah isteri meninggal dunia..Alfatihah kita sama-sama sedekahkan pahalanya kepada arwah datuk isteri saya...ALLAHYARHAM ISMAIL..mudahan dirahmati Allah dan dimasukkan di kalangan mereka yg soleh...disamping itu sempat juga aku melihat kecantikan nun jauh tanaman bendang sedang rancak subur menghijau dan menguning..'HIJAU KUNING' KEDAH...namun di sebalik tabir aku mendengar rungutan para pesawah atas kenaikan mendadak barangan keperluan sawah dan kelengkapan berkaitan dengannya seperti upah mesin padi meningkat 45-50%, baja meningkat 1 kali ganda, racun yg meningkat hingga 200%, sedangkan harga padi hanya meningkat 10 sen shaja!! sebaliknya harga BERAS memacak harganya dipasaran kepada hampir 100% ..rungutan kenaikan ni ditambah lagi dgn risiko tanaman sawah ni spt hujan dan angin kuat yg mampu menumbangkan pokok padi, banjir lebih-lebih lagi musim hujan sekarang ni, serangan makhluk perosak spt tikus dan 'bena putih' yg tidak boleh diatasi sepenuhnya melalui racun semata-mata..hanya 'TAWAKKAL' lah senjata utama para pesawah dalam berhdapan dgn semua yg disebutkan td.. kepada mereka yg bertanggungjawab kepada para pesawah dan tanaman mereka, tolonglah bela nasib mereka..jgn dipandang sepi akan pengorbanan mereka dn kegigihan mereka..jikalau tanpa keringat dan tenaga mereka mungkin kita terpaksa bercatu mendapat beras dan makan nasi..

45% siap kandang baru..tak lama dahhh

sila tengok

45% KANDANG BARU




alhamdulilah setakat ni 45% kerja-kerja pembinaan kandang baru dah siap..hanya tinggal beberapa kerja saja lagi perlu dilakukan..antaranya memasang lantai kandang, dinding, dan bilik partition..4 bilik akan dibina..yg boleh memuatkan 5-7 ekor sebilik.. dan satu ruang lapang utk 20 ekor ..jadi kandang ini mampu utk 50 ekor..dan ada reserve ruang utk diperluaskan pada masa depan..

anak jantan bebiri



yg ni..anak bebiri lahir pada 7 julai.. serentak dalam bulan ni sahaja 4 ekor lahir..yg ni perangai dia macam ibu dia..manja..walaupun jantan tp manja..putih melepak..kami namakan dia 'PUTIH'

Gambar anak-anak Katjang dan bebiri



2 anak betina katjang lahir pada 22 julai nampak masih lagi terhoyong-hayang berjalan dek kaki belum cukup kuat utk berdiri..ibunya memilki susu yg banyak..cukup utk kedua-duanya.


anak jantan katjang baru ni lahir seminggu sebelum 2 ekor diatas..kesian kat dia..ibu kurang sikit susu..kena dok minta lah...sebab tak da kan?..

khabarnya adik ipar saya berjaga semalaman menunggu ibu men'deliver'kan 3 ekor ni..kena ketit nyamuk, dalam gelap, tido di kandang ler...hebat sungguh pengorbanan depa..aku ni, sebulan sekali jenguk, tolong juga jaga waktu kepulanganku, sekurang-kurangnya beri cuti kat dia berehat waktu aku dikampung..

Ahli baharu ....bebiri dan katjang Beranak lagi

aku dikabarkan hari ni..seekor lagi katjang melahirkan anak jantan pada 15 julai lalu..alhamdulillah..rasa seronok aku disini walaupun berjauhan dgn tapak projek..

jadi bila dah beranak sebegini bermakna kaedah penternakan yg kami gunakan selama ini berjaya dan boleh dikatakan standard penternakan ini adalah standard yg telah terbukti berkesan dalam industri penternakan ni..

ini membuktikan bahawa kemampuan dan keupayaan serta ilmu yg dipraktiskan ni boleh dikembangkan ke tahap yg seterusnya dan lebih-lebih lagi aku dalam proses menambahkan bilangan penyertaan kambing dan bebiri yg baru...

bebiri "ibu celak" melahirkan anak jantan 7 julai ..

katjang pun turut beranak..2 ekor betina jam 12 malam pada 22 Julai..

jumlah setakat ini ialah anak bebiri yg baru ialah 1 jantan dan katjang 1 jantan dan 2 betina

tahniah dan terima kasih kepada ayah mertua dan adik ipar aku yg selama ini bertungkus lumus kerja sepenuh masa dan gigih dalam menggerakkan industri ini yg hasilnya dah semakin menampakkan kejayaan..

tahniah ...

Debat Minyak..

"Bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur? Berpuluh billion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang, untuk industri, untuk pelabuhan, bukankah itu satu bentuk subsidi? Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak, kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA, MAS dan pelbagai bill-out, kita sebut bill-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan dan petani dan melayu miskin, namanya subsidi dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali..."- Anwar Ibrahim

Berkayuh basikal ke Pejabat


hari ni buat pertama kali aku mengayuh basikal ke pejabat dan pulang, memang letih..berpinau jge...tapi ada lah skt stamina sbb telah membiasakan diri berbasikal di kawasan tempat tinggal selama ini pada hari-hari cuti. jarak perjalanan lebih kurang 12 km lebih pergi dan balik..berpeluh juga sampai ofis pagi tadi..sengaja sampai ofis awal agar tidak dilihat oleh kekawan ofis..kayuhan adalah sepanjang 6 km atau lebih sikit mengambil masa 20 minit juge..fuhhhh..tapi tak pe, nanti bila dah biasa insyaAllah jadi lebih biasa dan kayuhan lebih cepat..keputusan yg aku ambil ni diatas bebrapa sbb antaranya: 1. mengurangkan kos penggunaan minyak petrol yg selama ni kos penggunaannya seminggu mencecah RM 110.00 pergi balik ofis dn menjemput isteri di pejabat, itupun belum termasuk kos perjalanan atas urusan lain. 2. sbb terapi.. mengurangkan berat badan dan utk kesihatan. berbasikal amat baik utk diet dan mengurangkan kandungan lemak di badan. 3. merasai keperitan mereka yg susah yg tidak memilki kenderaan yg terpaksa menggunakan keringat dan kekuatan anggota demi mencari sesuap nasi utk seisi keluarga lebih-lebih dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barangan. 4. tiada kenderaan lain krn kereta yg digunakan selama ini digunakan oleh isteri. 5. protes minyak..hua.. 6. dan sewaktu dengannya

Tokoh Ilmuan Antarabangsa Ulas Isu Semasa

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim

Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT (HARAKAH)

Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Baath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu Qazaf.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_


TAHA JABIR ALALWANI

Taha Jabir Alalwani, Ph.D., President of Cordoba University, occupies the Imam Al-Shafi'i Chair in Islamic Legal Theory at The Graduate School of Islamic and Social Sciences, as an internationally-known scholar in his field. Dr. Alalwani shares his mastery of the field of Islamic Legal Theory and considerations related to Muslims in the modern world with his students.
He was the Chairman of the Fiqh Council of North America, and the President of the International Institute of Islamic Thought in Herndon, Virginia. He taught Islamic legal theory for more than ten years at various universities in the Muslim world before emigrating to the United States. Particularly interested in the social implications of Islamic law, he is a major participant in the activities of Muslim social scientists, publishing works such as his Ethics of Disagreement and The Rights of the Accused in Islam and a participant in The Association of Muslim Social Scientist conferences and seminars.
Since coming to the United States in 1984, Dr. Alalwani has been a regular contributor to the American Journal of Islamic Social Sciences and a keen observer of intellectual trends throughout the Muslim world. Following his early education in the classical Islamic disciplines, Professor Alalwani received the degrees of M.A. and Ph.D. in Islamic Legal Theory and Jurisprudence from Al-Azhar University in Cairo. Included among his works are the monumental edition of Razi's Al-Mahsul fi 'ilm Usul Al-Fiqh in six volumes, and others: Towards a Fiqh for Minorities: Some Basic Reflections; Reform of Muslim Intellectual Discourse; The Contemporary Islamic Cultural Undertaking; The Horizons of Change and its Approaches; The Islamization of Knowledge: Yesterday and Today; Missing Dimensions in Contemporary Islamic Movements; The Quran and the Sunnah: The Time-Space Factor; Human Rights in Islam; The Position of Islamic Law; Crisis in Fiqh and the Methodology of Ijtihad; and Source Methodology in Islamic Jurisprudence. Recent publications include: An Epistemological Perspective on the Political Dimensions to the Concept of Sovereignty; Taqlid and the Stagnation of the Muslim Mind; The Testimony of Women in the Law of Islam; and The Islamization of Knowledge: Yesterday and Today.
Dr. Alalwani has recently published three books in Arabic: al-Azmah al-Fikriyah wa Manhaj al-Taghyir; al-Tawhid wa al-Tazkiyah wa al-Imran; and al-Khususiyah wa al-Ilamiyah fi al-Fikr al-Islami.



Berjaya..Kelahiran baru


jam 3.o5 ptg kelmarin, saya diberitahu oleh adik ipar saya, salah seekor bebiri berjaya melahirkan seekor anak jantan yg comel. tp saya kini berada jauh dari tapak kandang iaitu di Gombak, S'gor. saya juga difahamkan ibu bebiri yg diberi nama sbg "ibu celak" ( kerana matanya seperti memakai celak) sedang bertungkus lumus103.0 mlm td utk melahirkan seekor lagi anak bebiri. harap "ibu celak" selamat melahirkan anak keduanya. syukur ..kerana bebiri yg bunting dulu tidak sempat melahirkan anaknya kerana terjerut ketika makan rumput. kali ni agaknya makin rancak perkembangan perternakan di tapak kandang. sekaligus saya amat terharu dan rasa begitu gembira atas kelahiran pertama ini, rasa berbaloi menjaga dan memelihara dan memecah keringat demi menggalakkan industri perternakan ini. semuanya pakai senyummmmm...

Mufti Perak Dato Harussani Zakaria komen Isu Semasa


Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak

Mohd Rashidi Hassan

Sun | Jul 06, 08 | 7:15:16 pm MYT


KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) -
Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.

"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau

FATWA AL QARADAWI BERKENAAN FITNAH TUDUHAN BERZINA / LIWAT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Seperti mana diketahui bahawa Prof Dr Yusuf Qaradawi adalah salah seorang ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun negara. Beliau adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markaz Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di Eropah.


Soalan Pertama: Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunuh dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan yang menuduh dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?

Jawapan: Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.

Sebab tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala orang-orang yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebamya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh iru, al-Quran mengacam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Surah al-Ahzab 33:58)

Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (tidak pemah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka mEnjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurur semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuaru menurut bakikat yang sebenarnya). (Surah an-Nur 24: 23-25)

Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah.

Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) karana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah Binti Abu Bakar As-Siddiq Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.

Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan meleparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.

Demikianlah kisah 'Hadith al-Ifki' yang telah mempermalukan dan meresahkan rumah nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut judg secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sedikala. Ayat tersebut juga telah membiskan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tursebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Bacalah firman Allah s.w.t. pada surah an-Nur: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira babawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (Surah an-Nur 24:11-13)

Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil cacat kepetibadinnya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuaran zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah di terangkan secara kiasan dalam undang-undang shariah: seperti: besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam ootol dakwat. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang ditrangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman shariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera al-Quran al-Karim, iaitu pada firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (Berbuat zina) mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4, 5)

Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu: Pertama: Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarganya.

Kedua: Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, civil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan 'kesaksian' dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

Ketiga: Hukuman agama, iaitu dengan menggelarinya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan 'Fasiqun'. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka. (as-Sajdah 32: 18-20)

Al-Quran juga telah melekatkan gelaran fasiq ini kepada Iblis, makhluk paling durjana. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap perintah Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18:50)

Walau bagaimana pun, dengan rahmat dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya: Terjemahan: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nur 24: 5)

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara 'gugurnya kesaksian' dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal. "Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya"

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik. Sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, sepertimana yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah s.a.w.

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Firman Allah: Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat 48: 12)

Dalam satu hadith sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.

Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam: "Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu". Rasulullah juga bersabda: "Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka meyebarkan aib orang lain." Dan baginda bersabda: "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat."

Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (Surah an-Nur 24: 19)


Soalan Kedua: Adakan orang yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkan ia dicegah dari melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilingnya? Bolehkah mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?

Jawapan: Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah: Membela diri dari tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam menyuarakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kchormatan dan maruah dirinya. Firman Allah: Terjemahan: Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (Surah an-Nisa' 4: 148)

Tidak boleh sesiapapun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukuman shariah. Allah telah memberikan peluang kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebar mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan scluruh alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatkan, "Saya lebih baik daripada Adam." Bahkan pada hari kiamat. Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.

Oleh itu masyarakat Muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melinaungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat-surat kabar dan berucap di radio dan televisyen. Terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup beras dalam kes tersebut.

Secara shariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring-taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih dari itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam 'angkatan dusta' dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman Allah: Terjemahan: Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (Surah an-Nur 24: 15)

Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung jawab antara satu sama lain. Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu. Allah s.w.t. berfirman: Terjemahan: Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah satu berita bohong yang nyata." (Surah an-Nur 24: 12)

Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman: Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. (Surah at-Taubah 9: 71)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Seorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar. (Muttafaqun 'alaihi)

Pengertian 'tidak membiarkannya' dalam hadith di atas ialah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran. Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Maksudnya: Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim? Rasulullah bersabda: "Dengan mencegahnya dari melakukan kezaliman. Begitulah menolongnya." (Muttafaqun 'alaihi)

Islam mewajibkan masyarakat Muslim untuk menolong orang yang dizalimi dari terus dianiaya oleh orang yang zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith nabi menjelaskan:

Maksudnya: Jika kamu melihat umatku telah takut untuk mengatakan kepada si zalim wahai zalim, mereka telah ditinggalkan (Allah) Setiap Muslim yang mengenal kebaikan peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar saudaranya itu dibertakan secara buruk. Satu hadith menyebutkan: Maksudnya: Sesiapa yang membantah untu(melind) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada wajahnya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Soalan Ketiga: Bagaimana caranya mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil. Tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan shariah sebagai landasan hukum yang sah. Juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam memutuskan perselisihan dan pertelingkahan?

Jawapan: Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-Maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan 'qazaf' (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Kaedah shariah berkenaan hal ini ialah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh wajib mengucapkan sumpah.

Walau bagaimana pun, dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap Muslim meati berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.

Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah shariah yang adil. Manakala kewajipan seorang Qadhi Muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum shariah-Nya ialah: menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya. Qadhi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberi kesaksian, dan mengecapnya sebagai faslk melainkan jika ia bertaubat.

Pengecualian untuk hukum tersebut hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah ketentuan fardhu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan istilah "al-Li'an". Dalam hal ini, suami tidak dituntut untuk mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya sendiri dan dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan untukterus bersekedudukan bersama isterinya yang didakwa atau diyakini berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan satu prosedur hukum yang berakhir dengan perceraian abadi antara kedua-duanya. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah, sesungguhnya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.

Soalan Keempat: Jika seorang pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka apakan cara shariah untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara kedua-duanya?

Jawapan: Cara yang terbaik berkenaan dengan perkara ini ialah melantik pihak berkecuali ini tidak boleh dipengaruhi oleh pujukan atau ugutan daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada permerintah. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan mementingkan maslahat umat, sambil berusaha sedaya upaya untuk mencari taufik daripada Allah dalam memutuskan perkara tersebut. Sesungguhnya tengan Allah itu sentiasa berada bersama jamaah, berstu padu itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca segala keburukan.

Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat yang berada bersamanya atau bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara yang sama, kaum Khawarij menentang kebijaksnaan tersebut seraya melaungkan slogan: "tidak ada hukum kecuali hukum Allah. Tetapi Abdullah bin Abbas r.a berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru diperbolehkan oleh Allah dalam perkara-perkara yang jauh lebih remeh seperti perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Jika ia dibolehkan dalam perkara-perkara besar yang melibatkan perselisihan faham berkaitan dengan umat. Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman Allah berikut dihadapan mereka: Terjemahan: Dan jika kau khuatir akan berlakunya persengketaan di antara kedua-dua (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam (juru pendamai) daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah an-Nisa' 4:35)

Saya berpendapat bahawa satu jawatan kuasa yang terdiri daripada para cendekiawan Muslim yang bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada mereka diiringi niat salih, keazaman yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh. Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan, terbukalah jalan dan berlakulah kesepakatan (taufik) sepertimana pesanan Allah s.w.t berkenaan juru pendamai.

Terjemahan: Jika kedua orang hakam (juru pendamai) itu bermaksud mengadakan perbaikan nescaya Allah memberi taufik kepada mereka suami isteri itu. (Surah an-Nisa' 4:35)

Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan ketahanan bangsa, demi menghadapi pakatan-pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum mislimin secara umum. Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara sedangkan umat dalam kealpaan dan bercakaran sesama sendiri.

Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Akhirnya yang rugi tentulah negara dan bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperolehi keuntungan daripada perselisihan tersebut ialah Israel, Amerika dan kausa-kuasa lain yang menanti peluang untuk menyerang kaum Muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan untuk memetik hasil daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku. Mereka menikmati hasil yang maksima daripada pergaduhan antara dua kelompok. Wala hawla Wala Quwata Illa Billah.

Saya mengingatkan saudara-saudara saya akan firman Allah s.w.t Terjemahan: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kau kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu, agar kamu memperolehi petunjuk. (Surah Ali Imran 3:103)

http://www.qaradawi.net/others/Mr-anwar-fatwa-m.htm

Isu dalaman Negara..kembali kepada Islam


semenjak 2 minggu yg lalu sehingga ke hari ini, negara digemparkan dgn pelbagai isu-isu yg berprofile tinggi yg melibatkan org-org penting dalam negara. sedikit sebanyak mengalihkan pandangan saya drpd penumpuan terhadap kerjaya dan juga penternakan kepada isu-isu ini. saya yakin ia bukan hanya menarik perhatian saya sahaja, bahkan menarik perhatian sebahagian besar rakyat kita di Malaysia.

1. pertama isu surat akuan sumpah seorang penulis blog terhadap seorang isteri pemimpin negara yg mengaitkan kes berprofile tinggi

2. isu kes laporan polis berkaitan dgn liwat seorang pemimpin parti politik terhadap pembantunya

3. isu pendedahan maklumat penyiasatan persendirian dalam kes berprofile tinggi terhadap pemimpin dalam negara. (lepas kurang 24 jam tarik balik dakwaannya)

4. dakwaan yg dikatakan mempunyai bukti yg didedahkan terhadap salahlaku KPN dan PN dalam kes 10 tahun lepas.

dan lain-lain lagi..

bagi pandangan saya semuanya ini menggambarkan tentang kekusutan dan kekalutan keadaan dalaman negara yg berpunca daripada kerosakan nilai dan akhlak masyarakat Malaysia khususnya yg beragama Islam dan Melayu. rakyat selama ini dibuai dengan arus kemodenan yg melampau dan hiburan yg mengkhayalkan sehingga terkikis jatidiri dan juga mengenepikan peranan agama Islam yg diturnkan Allah untuk memimpin manusia.

sebahagian masyarakat m'sia pada hari sudah tidak lagi takut dengan hukum Allah swt, tidak mempedulikan syariat dalam segala tindak tanduk mereka, tiada segan silu dan hilang perasaan malu dlm diri, tiada pertimbangan diri, rasuah berleluasa, dari peringkat atasan hinggalah akar umbi, mereka yg dipilih dan diwakilkan oleh rakyat sewenang-wenangnya mengabaikan amanah dan tanggungjawab semata-mata mengejar keuntungan duniawi dan mencari kekayaan peribadi dgn cara yg salah, menzalimi rakyat, membiarkan rakyat menderita kesusahan, tindakan sebahagian mereka langsung tidak mengambil kira kebajikan rakyat, fitnah memfitnah dan berbagai lagi. ditambah lagi dgn kes-kes jenayah disana sini yg menghakis sifat perikemanusiaan dan menimbulkan kekacauan dan banyak lagi yg tidak mampu saya menyebutnya disini.

oleh kerana pada masa kini pihak2 yg bertelagah dan mereka yg sepatutnya diberi kuasa utk memelihara sistem dan menguruskan sistem belum menjumpai jalan penyelasaiannya, maka dicadangkan agar mereka kembali kepada Islam yg satu-satu jalan penyelesaian dan agama penyatu ummat yg suci.

pandangan dari hamba yg hina...

wallahua'alam bissowab

Bagi aku..inflasi ni maksudnya rakyat susah..itulah kesimpulan aku buat


Berita Utusan 1:
Inflasi naik hingga tujuh peratus bulan lalu
BASEL, Switzerland 1 Julai - Kadar inflasi negara telah meningkat kepada enam hingga tujuh peratus pada bulan lalu dan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengenakan dasar monetari sekiranya berlaku peningkatan harga yang menyeluruh.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, kenaikan harga makanan dan bahan api telah meningkatkan inflasi Malaysia pada bulan Mei iaitu 3.8 peratus, kadar tertinggi dalam tempoh 22 bulan sebelum kerajaan meningkatkan harga minyak pada bulan lalu.

”Kami memang menjangkakan kadar inflasi akan meningkat terutama pada bulan Jun berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak.

”Berikutan itu, pada bulan Jun, inflasi mencapai kadar enam hingga tujuh peratus,” katanya.

Zeti menambah, faktor domestik termasuk pengurangan subsidi minyak dan persekitaran ekonomi luar yang lembap turut menyebabkan kadar pertumbuhan negara rendah pada tahun ini iaitu kurang lima peratus.

Bagaimanapun, tambah beliau, BNM akan memantau secara dekat, sama ada ia adalah hasil kenaikan harga barangan pengguna atau kesan kedua akibat kenaikan gaji dan bank pusat itu akan bertindak sekiranya ia mengakibatkan peningkatan harga menyeluruh.

Malaysia telah meningkatkan harga petrol sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bulan lalu.

Zeti berkata, dalam menentukan kadar faedah, bank pusat itu perlu melihat kesan kenaikan kadar inflasi serta faktor pertumbuhan sederhana domestik dan luar negara.

Sebelum ini, Zeti berkata bahawa BNM tidak bercadang untuk meningkatkan kadar faedah sekiranya inflasi menyusut pada pertengahan kedua, seperti yang disasarkan.

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mei lalu telah mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.50 peratus.

Gabenor BNM itu berkata, kadar faedah adalah satu instrumen polisi bagi berhadapan dengan inflasi yang berpunca daripada permintaan.

”Polisi kadar inflasi melihat semua aspek. Kami akan melihat pelbagai risiko - peningkatan risiko kepada inflasi dan penurunan risiko kepada pertumbuhan yang disebabkan oleh persekitaran luar yang lembap dan impak kepada kenaikan harga bahan api,” ujarnya.

Mengulas mengenai spekulasi bahawa BNM akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata, Zeti berkata: ”Pasaran membuat penilaian berdasarkan kenaikan harga minyak dan ia tidak salah untuk menilai kerana kenaikan harga akan berlaku berdasarkan penyelarasan yang telah diambil”.

Zeti menambah, faktor yang menyebabkan kenaikan harga komoditi pula tidak jelas kerana ia boleh disebabkan rangka struktur atau bahan api dan komoditi yang menjadi kelas aset baru bagi kebanyakan pelabur institusi.

”Apabila pulangan dalam pasaran kewangan lain rendah maka pelabur akan mencari aset yang mampu menjana pulangan tinggi.

”Akibatnya, mana ada aset yang sesuai untuk semua polisi. Kita perlu mengikut konteks dan tidak boleh dilihat secara am dan pendekatan umum terhadap ekonomi,” kata beliau.

Zeti berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi negara adalah sebanyak lima peratus dan akan mengkaji semula sasaran itu pada bulan ini.

”Ia mungkin berada di tahap sederhana, di bawah lima peratus tetapi kami menjangka ekonomi negara terus kukuh kerana kepelbagaian ekonomi,” tambahnya.

- Reuters

Berita Utusan 2:
Bursa Malaysia ditutup rendah
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan jualan berterusan, didahului oleh kerugian di kaunter berkaitan kewangan dan perladangan, kata para peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur susut 11.74 mata atau 0.99 peratus untuk ditutup pada 1,174.83 mata. Ia dibuka 1.42 mata lebih tinggi pada 1,187.99.

Seorang peniaga berkata kebanyakan peserta pasaran mengambil langkah tunggu dan lihat dan menantikan petunjuk baru.

Aseambankers Equity Research dalam nota penyelidikannya berkata para pelabur dijangka kekal tidak memasuki pasaran kerana bimbang akan tahap inflasi pada separuh kedua 2008 akan menjejaskan penggunaan domestik dan pendapatan korporat.

Indeks Perindustrian merosot 17.87 mata kepada 2,540.39, Indeks Kewangan turun 135.91 mata kepada 8,610.27 dan Indeks Perladangan berkurangan 70.39 mata kepada 7,854.54.

Daripada siri-siri Indeks FTSE-BM, FBM2BRD lebih rendah 144.49 mata kepada 5,391.10, FBMEmas turun 84.46 mata kepada 7,815.9, FBM30 susut 81.37 mata kepada 7,575.36 dan FBMMDQ lebih rendah 97.88 mata kepada 4,306.89.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 471 berbalas 172, 240 kaunter tidak berubah, 516 tidak diniagakan dan 31 digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 340.095 juta saham bernilai RM759.792 juta daripada 370.536 juta bernilai RM965.351 juta semalam.

AirAsia, yang mendahului saham aktif, menokok lima sen kepada 92 sen.

Bumiputra-Commerce susut 40 sen kepada RM7.60, Resorts World lega tiga sen kepada RM2.57 dan Gamuda berkurangan satu sen kepada RM2.33.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Tenaga ditutup tidak berubah pada RM8.15, Sime Darby susut 10 sen kepada RM9.15, Maybank menambah lima sen kepada RM7.10 dan IOI Corp susut lima sen kepada RM7.40.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 289.527 juta saham bernilai RM741.972 juta daripada 313.925 juta saham bernilai RM947.280 juta pada hari Isnin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua pula menokok kepada 19.576 juta unit bernilai RM13.481 juta daripada 15.794 juta unit bernilai RM11.132 juta semalam.

Di pasaran Mesdaq, jumlah dagangan susut kepada 15.370 juta saham bernilai RM3.676 juta berbanding 26.194 juta saham bernilai RM6.003 juta sebelumnya.

Waran-waran panggilan menokok kepada 15.621 juta saham bernilai RM663,643 daripada 14.623 juta saham bernilai RM936,710 pada Isnin.

Urus niaga langsung mengukuh kepada 53.096 juta unit bernilai RM63.752 juta daripada 13.513 juta unit bernilai RM13.320 juta semalam.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 13.279 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 27.531 juta, pembinaan 32.427 juta, urus niaga/perkhidmatan 94.212 juta, teknologi 3.705 juta, infrastruktur 12.353 juta, kewangan 37.800 juta, perhotelan 3.612 juta, hartanah 29.322 juta, perladangan 12.773 juta, perlombongan 6,000, REITS 1.439 juta, dana tertutup 77,200, ETF 30,500 dan pinjaman 20.961 juta.

-Bernama