Kawasan Ragut..




tempat ternakan kambing dan bebiri berpesta makan dan meragut..

Bekerja di Kandang...


diantara tugas yang mesti ditempuhi oleh para penternak ialah membersihkan kandang yang merupakan antara elemen penting bagi memastikan keadaan ternakan sihat dan produktif,..najis kambing yang jatuh dibawah kandang mestilah dipastikan dibersihkan dan disapu agar bahan serta bauan yang kurang menyenangkan daripada campuran najis dan air kencing kambing tidak menjejaskan situasi ketenangan ternakan..sebagaimana diketahui bahawa najis dan campurannya dengan air kencing kambing itu menghasilkan gas yang mungkin memberi kesan terhadap ternakan..di samping itu kemahiran menghasilkan tinja daripada najis ternakan juga berkemampuan menghasilkan sumber pendapatan yang lumayan..

Untuk Dijual...Akikah dan Kenduri



Bebiri untuk dijual berat antara 27kg-30kg

Harga antara RM 600 seekor

sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak kami..kawasan yang boleh dihantar terus sekitar Triang, Kerayong, Felda Gugusan Bera, Felda Gugusan Mendi, Kerayong dan Bera.

Tazkirah Ringkas Siri 2

Bahaya dan Dosa Lidah

Lidah adalah anggota ciptaan Allah yang banyak kegunaan dan faedahnya kepada manusia. Peranan lidah yang utama adalah untuk mengingati dan berzikir kepada Allah dan mengajak manusia agar juga turut kembali mengingati Allah. Firman Allah dalam al Quran meminta orang yang beriman agar berzikir mengingatinya, “maka ingatlah daku nescaya aku akan ingat akan kamu.” Baqarah 152.

Begitu juga doa yang selalu diamalkan oleh Nabi saw, “Ya Tuhanku, kami memohon kepadamu lisan yang basah mengingatimu.”

Lidah digunakan juga untuk mengajak manusia kepada mengingati Allah, bahkan Allah telah menegaskan bahawa sebaik-baik dan semulia kata dan ucapan adalah kata-kata yang mengajak manusia mengingati Allah. “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" Fussilat 33.

Lidah berperanan dalam mencegah kemungkaran dan menyeru kepada makruf. Medium penggunaan lidah mencegah kemungkaran diantara yang paling berkesan dan sentiasa menjadi jalan dan method untuk mengajak manusia dan dalam jalan dakwah. Sabda Nabi saw, “Apabila kamu melihat (mengetahui) kemungkaran maka hendaklah kamu mencegah dengan tanganmu, apabila kamu tiada berdaya maka hendaklah mencegahnya dengan lidahmu, dan apabila kamu tiada berdaya lagi maka cegahlah dengan hatimu, yang demikian itu selemah-lemah iman.”

Lidah juga jangan disalahguna, kerana lidah terlalu mudah dengan kesilapan dan dosa. Maka dengan sebab itu, Islam meminta orang beriman agar berkata benar sebagai tanda kesempurnaan iman seseorang. Sabda Nabi saw, “barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah berkata benar ataupun berdiam diri.”

Lidah juga merupakan antara penyebab seseorang menjadi ahli neraka. Dengan sebab lidah, walaupun seseorang itu terkenal orang yang beramal soleh tetapi menjadi ahli neraka sebagaimana hadis Nabi saw, apabila ditanya tentang seorang wanita yang malamnya diisi dengan qiyamullail dan siangnya berpuasa tetapi sering mengherdik dan mencaci jirannya, maka jawab Baginda saw, “Dia ahli neraka.”

Perbuatan lidah menggugurkan amal soleh seseorang apabila lidah tidak dipelihara daripada melakukan kesilapan dan kejahatan. Bukankah Allah taala telah menegaskan dalam Al Quran,
“Perkataan yang baik dan pemberian ma'af lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan . Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” Al Baqarah 263.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti , seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih. Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” Al Baqarah 264

Oleh yang demikian, sedarlah bahawa anggota Lidah merupakan nikmat anugerah Allah yang akan dipertanggungjawabkan dan amanah daripada Allah yang wajib kita memeliharanya.