Berkat Usaha doa..stokis dilantik



Bermula 1 jan 09 ni, saya dan isteri akan memulakan perniagaan berasaskan Produk Herba HPA sebagai Stokis, insyaAllah tempatnya di kampung (F) Tementi Triang Pahang. dekat dengan kandang juge..barangan produk HPA yang sangat bermutu dan mujarab merupakan barangan pasaran utama kami ditambah lagi dengan barangan keperluan masyarakat kampung dan IKS..pasarannya adalah masyarakat F Tementi, F Sebertak, F Rentam yang berdekatan. dimana permintaan kepada produk HPA kian meningkat.

Menyambut Tahun Baru Hijriah 1430h..kambing bebiri masuk kandang baru..




sejak 1 minggu lepas..katjang dan bebiri sudah naik kandang..tapi bebiri segan dan pilih kandang lama lagi..agaknya sebab dah biasa dengan yg lama kot..tengok gambar ibu bebiri dibawah, masih di kandang lama dgn anak masing-masing...

kelahiran bebiri baru..alhamdulillah




3 ekor bebiri dilahirkan, ada yg putih, gelap dan kelabu..mcm-mcm ada..

Gaharu lagi...



Tokoh politik pun mengusahakan tanaman gaharu yg saya yakin pengusahaan ini insyaAllah pasti mendatangkan pendapatan yang lumayan satu hari nanti..ini satu contoh antara mereka yang menggarapkan peluang dengan penanaman gaharu yg kebanyakkan saya mendengar khabar mereka yg pernah berada di UPM Serdang satu ketika dahulu dimana disitu mereka mendapat pendedahan ttg kelebihan pengusahaan tanaman gaharu..

SELAMAT HARI RAYA KORBAN 1429 H...




CARA MENYEDIAKAN NASI ARAB (NASI MANDI) SEMPENA HARI RAYA KORBAN...SEDAPPPP ..SILA CUBA RESEPI INI..

Bahan-bahan masakan

1 kg beras basmathi
1 ekor ayam
1 kaki kambing – saiz besar
3 sudu minyak masak
3 sudu minyak sapi
4 biji bawangbesar
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh buah pelaga
3 liter air
Beberapa titik air mawar
Serbuk saffron secukupnya
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya

1. masukkan air dalam periuk besar. Kaki kambing dikelar dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali 1 ekor ayam tanpa dibelah. Masukkan sedikit garam
2. selepas setengah jam angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan kambing terus direbus selama 2 jam. Pastikan air rebusan ditambah jika berkurangan bagi mencukupi 2 liter air utk digunakan memasak nasi.
3. setelah daging empuk tutup api. Angkat daging.
4. sapu serbuk saffron pada ayam dan kaki kambing. Perap seketika.
5. sementara itu basuh beras dan toskan.
6. kisar ketumbar dan pelaga
7. panaskan minyak sapi dan minyak masak kemudian tumiskan bawang.
8. masukkan rempah serbuk yang dikisar tadi. Tumis seketika kemudian masukkan beras, 2 liter air rebusan, masukkan ayam dan kaki kambing. Kacau sedikit sampai menggelegak, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan nasi masak.

penternak jadi penyembelih lembu

aku diminta tlg utk jadi penyembelih korban 7 ekor lembu..hari raya pertama...loteh jge..sakit badan..

Umur ahli baru..bebiri dan katjang



umur bebiri 4 bulan 16 hari..dan katjang 4 bulan 1 hari

Industri lintah..



baru-baru aku melawat kolam ternakan lintah kawan dekat kampung ku..4000 ekor sebagai permulaan..agak menarik industri ini..semakin diminati ramai..potensi yang sangat menggalakkan..

HPA..yang Radix tu..Mai secawan..!




sebuah syarikat pengeluar berasaskan herba yang sedang meningkat naik dan berprestij di Malaysia..aku dan isteri aku mulai serius dengan penggunaan produk herba ini sejak setahun yang lalu sekaligus menjadi ahli dan mendapati khasiatnya amat baik utk kesihatan dan kecergasan. setakat ini HPA telah menghasilkan lebih daripada 150 produk herba yg sesuai utk semua lapisan masyarakat yang merangkumi keperluan utk golongan wanita, lelaki, kanak-kanak, tua dan muda. dan kami sekarang sedang berusaha utk menjadi salah satu stokis..doakan agar kami berjaya..

yang paling penting ialah HALALAN TOYYIBAN (HALAL LAGI BAIK)..buatan Bumiputera Muslim..

gambar dalam ni adalah sebahagian daripada produk-produk harian dan herba kesihatan yang sesuai utk kami dan juga anda semua..antaranya produk keperluan harian di dapur, bilik air, ubatan herba utk pelbagai jenis penyakit, makanan dll.
sesiapa yang berminat utk mendapatkan produk ini dan menjadi ahli bolehlah hubungi kami..

Penternak Muda..


adik ipar, zaini yg gigih bekerja pagi dan petang sepenuh masa di kandang dan tapak ternakan amat aku hargai..mungkinkah ini peluang bagi masa depannya yg diharapkannya akan berhasil..insyaAllah..

Perkembangan baru Ternakan Di Najtifarm




pakat dok mengendong perut yg semakin membesar..ish..ish..kesian tengok..dah tak sampai sebulan lagi..tunggu masa aje nak meletop..

Isu 5 Billion...


aku nampak keratan ni dalam salah satu akhbar tempatan yang menyentak pemikiranku..marilah sama-sama kita pikir..lakukan tindakan yang wajar..wallahua'alam

Gaharu 4 bulan



alhamdulilah, tanaman gaharu agak menjadi..kini dah setinggi 4 kaki lebih kurang..paras dada..

Jab Veterinar melawat..




jab veterinar Bera dtg melawat kandang..melihat progress..mrk puji p'kmbgn projek kami..dan kandang pun didaftar oleh pihak Jab haiwan..

Waterpump




baru beli waterpump, boleh tahan harganya..utk tarik air dr paya blkg rumah ke tapak napier..drpd b'gntung kpd air hujan dn paip, napier agak kurang menjd, lps ni gemok2 ler napier

Terbaru di Najtifarm


kawasan ragut yg dijadikan ternakan sbg sasaran menjamah selera, rumput jadi lebat krn dek hujan. Tengok tu...sampai bebiri tenggelam dlm lautan rumput

Kullu A'min Wa Antum Bi Khoir


Maknanya tu .."Selamat hari Raya" bahasa arab sikit. jadi berkesempatan saya membuka blog kali ini, adalah utk mengucapkan kepada para pengunjung dan seluruh kekwan pengusaha-pengusaha industri ternakan "SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI ATAU RAYA FITRAH".

mudahan Allah menerima segala amalan kita pada bulan Ramadhan tahun ini dan digolongkan kita dikalangan mereka yang berjaya lalu meraikan kemenangan SYAWAL.

"TAQABBALALAHU MINNA WA MINKUM." berkat doa dan ibadah kita Allah melimpah rezeki yang banyak yang halal lagi baik dan keberkatan kurniaannya.

Takbir raya, " ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMDU."

kurma apa yg kita makan...


selamat menjalani ibadah puasa, Nabi saw bersabda, barangsiapa yg berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran drpd Allah swt, akan diampunkan dosa terdahulu.

Bebiri dan Katjang sudah pandai mencari makan..



Di belakang kandang ada kawasan paya yg dijadikan tempat ragut..2 kelebihan daripada tapak ni..pertama sumber air..insyaAllah akan membeli mesin pam air utk ditarik daripada paya ni ke kawasan kandang dan kedua..tempat ragut utk kambing dan berbiri..Save BUDGET

Perkembangan terbaru di kandang..

membantu menyiapkan lantai kandang sehari sebelum awal Ramadhan..fuhh letih..kena bancuh simen..baru aku rasa kepayahan kerja-kerja pertukangan dan pembinaan yg ramai anak-anak muda yg kurang menceburinya yg akhirnya dimonopoli oleh pekerja import..





80% kandang bahagian dalam hampir siap..walaupun agak lambat disebabkan faktor kewangan dan kenaikan harga barangan, namun insyaAllah ia akan lengkap tidak lama lagi..




anak katjang yg lahir pada 22/7/08 lalu kini dah mencecah 1 bulan 12 hari..



Kambing dan bebiri amat suka Garam Bukit..

Berjalan Makan Angin..


Dalam kesibukan kerja pejabat dan kandang, berehat sebentar di tepian pantai, mencari ketenangan di negeri Tok Guru. Lama juga tidak berjalan-jalan makan angin, sekali sekala pun takpe..lepas ni aku akan pulang ke kampung membantu kerja-kerja di kandang.

Sempat Ambil Gambar Nie


Masa percutian sekolah baru-baru ni sempat aku melawat Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 08, tu la sebabnya aku tak buka blog ni. Dalam perjalanan terlihat papan tanda ni..semangat kembali aku atas usaha menanam secara gaharu di atas tapak tanah aku di kampung.

Pameran MAHA 2008

MAHA 2008 kembali lagi bermula dari 11-23 Ogos 2008, di MAEPS, Serdang, memang ini program yang hebat yg ditunggu oleh para usahawan industri asas tani. MAHA 2007 lalu yg melonjakkan semangat dan mencetuskan idea kepada aku utk terlibat secara langsung dgn ASASTANI ni.
aku rasa pameran kali ni menjanjikan lebih banyak peluang-peluang dan juga produk yg lebih canggih dan menarik. boleh juga tengok kot-kot ada peluang beli baka-baka ternakan yg baik dan juga berjumpa dgn mereka yang lebih berpengalaman utk berkongsi maklumat, kepakaran dan juga menghubungkan silaturrahim dan network perniagaan. sila kunjungi: http://www.mahaexpo.com.

Pusat kambing RM10 juta dirancang

KUALA LUMPUR 29 Julai - Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pusat penyelidikan itu, Taman Teknologi Kaprima Bestari, akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam kawasan Taman Pengeluaran Makanan Kekal, kata Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing memandangkan negara memerlukan 10 juta kambing setahun.

Malaysia kini mengimport kambing, kebanyakannya dari Australia.

Taman teknologi kambing, yang akan dibangunkan dan diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPHT), akan mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan industri penternakan kambing negara, dengan ECER sebagai hab utama, katanya.

"Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk penternak kambing, terutama di Asia," kata Pengarah JPHT Dr Azizol Mohd Sharun.

"Kami akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar negara.

Teknologi baru itu akan membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran selain mendapat pulangan yang lebih baik.

Sementara itu, para penternak dan mereka yang berminat terhadap industri berkenaan, boleh mengikuti kurus penternakan kambing, katanya.

"Kami menjangkakan taman kambing itu akan menawarkan prospek ekonomi yang lebih baik dan peluang pekerjaan kepada usahawan dan graduan tempatan dalam bidang kajian yang berkaitan." Taman teknologi kambing itu akan dilengkapi rumah ladang, pusat penyembelihan mini, kilang pemprosesan baja, restoran, dewan pameran pengeluaran, masjid, dan asrama pekerja.

Selain aktiviti penyelidikan dan penternakan kambing, taman itu juga bersedia menerima pelancong serta mesra kanak-kanak, di mana mereka membolehkan memegang dan memberi kambing makan.

Terengganu menyasarkan lebih 3.5 juta pelancong ke negeri itu tahun ini.

Kebanyakan destinasi pelancongannya disasar untuk pencinta alam semula jadi dan taman kambing ini dijangka turut mendapat perhatian pelancong.

Penggunaan perkapita negara bagi daging kambing meningkat daripada 0.67kg pada 2006 kepada 0.74kg pada 2007.

Malaysia secara tradisinya merupakan pasaran eksport terbesar Australia, mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 ekor kambing.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER disasar menambah aktiviti penternakan kambing sebanyak tujuh peratus dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.

Ia akan memberi tumpuan terhadap kambing yang menghasilkan daging yang tinggi bagi menggantikan ternakan tempatan.

Bagi mencapai matlamat 35 peratus sara diri dalam pengeluaran kambing menjelang 2015, ia memerlukan 18,000 ekor kambing tambahan.

Sasarannya ialah ECER menghasilkan 2,020 tan metrik pada 2020, katanya.

Penternakan kambing di Malaysia melibatkan 75 peratus penternakan tradisional manakala 15 peratus diusahakan separuh komersial dan 10 peratus lagi membabitkan ladang komesial.

Beberapa berita akhbar kaitan ternakan..

Insentif tunai untuk penternak

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

Peruntukan RM213 juta galak pengusaha kecil tingkat bekalan makanan

RAWANG: Penternak lembu, kambing dan ayam di negara ini akan diberikan insentif berbentuk wang tunai berdasarkan jumlah pengeluaran, mulai bulan depan bagi meringankan beban mereka berikutan kenaikan kos operasi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata pemberian insentif yang difokuskan kepada pengusaha dan penternak kecil itu juga bertujuan meningkatkan bekalan bahan makanan rakyat menerusi Dasar Jaminan Bekalan Makanan.

Beliau menjelaskan, insentif berkenaan layak diterima individu mengikut kategori ditetapkan kerajaan iaitu memiliki kurang 20,000 ayam bagi penternak ayam dan semua pengusaha ternakan lembu serta kambing.

"Jumlah bantuan akan ditetapkan mengikut formula dirangka atau berdasarkan pengeluaran penternak berkenaan, Seperti contoh, bagi seorang penternak lembu yang mengeluarkan 50 liter susu sehari, mereka akan menerima bantuan kira-kira RM300 sebulan.

"Bagi lembu fidlot pula, mereka yang memiliki 30 lembu dengan keluasan ladang 100 ekar, jumlah bantuan bakal diterima mereka adalah berjumlah RM3,000 bagi tempoh tiga bulan," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke ladang penternakan kambing Boer milik Ar-Raudhah Farm Sdn Bhd di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin dan Pengerusi Ar-Raudhah, Datuk Bistamam Ramli.

Menerusi format pengiraan bagi menentukan jumlah bantuan, penternak lembu secara kecil-kecilan akan dibayar 19.59 sen bagi setiap liter susu dikeluarkan, manakala komersial pula sebanyak 6.55 sen.

Bagi lembu fidlot, kerajaan akan membayar RM1.12 kecil-kecilan) dan 75 sen (komersial) kepada pengusaha yang dikira berdasarkan pengeluaran.

Bagi penternakan lembu secara integrasi yang majoritinya dijalankan penternak di negara ini pula, kerajaan menetapkan setiap kilogram dikeluarkan penternak akan dibayar 60 sen (kecil-kecilan) serta 20 sen (komersial).

Sementara itu, bagi penternak kambing, pengusaha jenis kecil-kecilan akan menerima 90 sen dikeluarkan, manakala 30 sen bagi mereka yang menjalankannya secara komersial. Bagi ayam pula, pengusaha akan menerima 78 sen bagi setiap kali pusingan pengeluaran.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kerajaan memperuntukkan RM213 juta untuk tempoh enam bulan sehingga Disember ini bagi memberikan bantuan kepada penternak terbabit supaya mereka dapat mengeluarkan produktiviti seperti biasa.

"Kami memperolehnya daripada RM513 juta yang diperuntukkan khusus bagi menampung pemberian insentif empat komponen dalam Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang sebelum ini nelayan serta penanaman sayur diumumkan jenis bantuan. Hanya padi belum diumumkan lagi," katanya.

RAWANG, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka mampu mencapai sasaran menghasilkan sebanyak 25 peratus daging kambing tempatan menjelang 2015 berbanding cuma sembilan peratus sekarang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed. Beliau berkata sasaran itu adalah bagi mengurangkan penggantungan negara kepada daging kambing import. Pada masa sekarang kebanyakan daging kambing diimport dari Australia, New Zealand, China, Thailand dan Indonesia. "Hari ini negara cuma ada kira-kira 300,000 ekor kambing sahaja. Tahun 2015 kita nak tambah kepada 1.1 juta ekor kambing dan apa yang penting kita (kerajaan) nak swasta juga melabur dalam bidang ini (ternakan kambing)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan kambing Ar-Raudah di Kuang dekat sini, Ahad. Pada lawatan itu beliau turut menyampaikan sijil tamat kursus kepada seramai 24 orang peserta Program Kursus Pembangunan Usahawan (Ternakan Kambing) yang datang dari seluruh negara. Dalam masa yang sama, Mustapa berkata kerajaan juga akan mengumumkan insentif kepada penternak kambing bagi membantu meringankan beban mereka berikutan kenaikan kos bahan makanan ternakan seperti "pallet" (sejenis makanan kambing) selepas kenaikan harga bahan api pada 4 Jun lalu. Katanya dianggarkan lebih 21,000 penternak kambing di seluruh negara layak menikmati insentif itu yang akan diumumkan nanti. Sementara itu, beliau berkata bagi penternakan lembu, penternak lembu susu yang menghasilkan 50 liter susu sehari akan menerima bayaran insentif sebanyak RM300 sebulan manakala bagi penternak yang mempunyai 30 ekor lembu feedlot akan menerima sebanyak RM3,000 untuk setiap pusingan yang mengambil masa selama tiga bulan untuk satu pusingan. "Bagi penternak ayam pula, yang mempunyai ayam yang lebih daripada 20,000 ekor, mereka tak layak terima bantuan (insentif). Yang layak cuma kurang daripada 20,000 ekor ayam. "Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM513 juta insentif kepada pekebun sayur, akuakultur dan ternakan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM213 juta adalah untuk penternakan seperti ayam, kambing dan lembu," katanya. Pemberian insentif sebanyak RM81 setan juga akan diberi kepada petani yang terlibat dalam penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di seluruh negara dan seramai 70,000 nelayan laut dalam dan pesisir pantai juga akan menikmati insentif yang sama sebanyak RM200 sebulan dan dijangka menerimanya pada awal bulan depan. -- BERNAMA

Ke Kedah..jelapang padi

aku kedah hujung minggu baru ni..ziarah keluarga datuk sebelah isteri meninggal dunia..Alfatihah kita sama-sama sedekahkan pahalanya kepada arwah datuk isteri saya...ALLAHYARHAM ISMAIL..mudahan dirahmati Allah dan dimasukkan di kalangan mereka yg soleh...disamping itu sempat juga aku melihat kecantikan nun jauh tanaman bendang sedang rancak subur menghijau dan menguning..'HIJAU KUNING' KEDAH...namun di sebalik tabir aku mendengar rungutan para pesawah atas kenaikan mendadak barangan keperluan sawah dan kelengkapan berkaitan dengannya seperti upah mesin padi meningkat 45-50%, baja meningkat 1 kali ganda, racun yg meningkat hingga 200%, sedangkan harga padi hanya meningkat 10 sen shaja!! sebaliknya harga BERAS memacak harganya dipasaran kepada hampir 100% ..rungutan kenaikan ni ditambah lagi dgn risiko tanaman sawah ni spt hujan dan angin kuat yg mampu menumbangkan pokok padi, banjir lebih-lebih lagi musim hujan sekarang ni, serangan makhluk perosak spt tikus dan 'bena putih' yg tidak boleh diatasi sepenuhnya melalui racun semata-mata..hanya 'TAWAKKAL' lah senjata utama para pesawah dalam berhdapan dgn semua yg disebutkan td.. kepada mereka yg bertanggungjawab kepada para pesawah dan tanaman mereka, tolonglah bela nasib mereka..jgn dipandang sepi akan pengorbanan mereka dn kegigihan mereka..jikalau tanpa keringat dan tenaga mereka mungkin kita terpaksa bercatu mendapat beras dan makan nasi..