Gaharu


Permintaan Gaharu semakin menggalakkan sejak akhir-akhir ini..ramai orang dh mendapat maklumat yg mencukupi dan tepat ttg fakta sebenar gaharu..sehingga digelar oleh sahabatku "POKOK JUTAWAN"..mungkin sebelum ini ramai yg terkeliru dgn gaharu..dimana biasa ia ditanam dan hasilnya 30-50 tahun..memang lambat nak tunggu pulangannya..tambah lagi kegunaan gaharu yg biasanya digunakan utk membuat ubat nyamuk, colok, dll ..sebenarnya gaharu yg popular masa kini kegunaannya agak lebih eksotik iaitu dibuat minyak wangi yg permintaannya amat tinggi di Timur Tengah dan nilainya juga amat lumayan.lebih-lebih lagi pulangannya pula sekitar 5-7 tahun sahj..oleh itu mereka yg berminat pastikan maklumat yg tepat dan betul dan bertanyalah kepada mereka yang lebih mengetahuinya dan pakar.. agar kita merancang dahulu sebelum bertindak..kata pepatah, .." who fail to plan, they plan to fail.." minggu lepas saya alhamdulillah saya telah membeli 10 lagi anak pokok gaharu lagi jenis "Subintegra" utk ditanam dikampung saya..marilah kita pakat-pakat tanam gaharu..kalau berminat bolehlah layari laman web sahabat saya disini, lihat disebelah..

Anak Katjang...


ibu katjang yg selama ini tidak menunjukkan tanda-tanda bunting yg jelas telah melahirkan 2 ekor anak 3 hari lepas..di sebabkan lambat kami bertindak utk memindahkan anak-anak dan ibunya di ruang khas..anak-anak katjang mati dek dipijak oleh kambing yg lain..namun kesabaran lah jua satu tindakan yg terbaik dan juga satu pengajaran dan ilmu yg diperolehi bagi penternak agar sentiasa bertindak pantas dan bijak dalam mengenalpasti tempoh bunting dan kandungan bagi ibu kambing..namun satu persoalan yg tertanya iaitu adakah kambing itu kemungkinan akan melahirkan anak walaupun belum sampai tempoh "delivering"?? sila beri pandangan anda.. saya ingin belajar ... terimakasih

gambar ibunya..nampak tak slim je kan... tapi rupanya dah bunting..pulak tu dah nak deliver dh..tapi kesian kami tak perasan..dan tak menjangka..

Video Pendek Kambing Katjang, sila tonton, tp visual kurang sikit

BerTukang



Membantu ayah mertua dan adik ipar kerja pertukangan menyiapkan kandang baru..perlahan-lahan menyiapkan dengan penuh sabar sambil mengumpulkan duit dan membeli kayu-kayan sedikit demi sedikit..

sekarang ni tengah memasang tapak lantai kandang..insyaAllah sebulan lagi berbumbunglah kandang ni..dan mampu memuatkan 50 ekor kambing dan bebiri.

kayu dan papan sekarang ni dah naik harga..ntah apa akan jadi nie..sebenarnya kenaikan ni membantut usaha memakmurkan ekonomi bukannya membantu ekonomi..rakyat yg berkemampuan adalah rakyat yang makmur..ttp apabila rakyat sudah tidak lagi mampu dalam byk hal keperluan mereka..kita lihatlah nanti apa akan jadi..pastinya bukanlah sesuatu yg menggembirakan..penderitaan sebenarnya..kesian rakyat..





berehat sekejap dibawah teduhan pokok sambil memikir jalan-jalan kejayaan..peluang..

Usul Kenaikan Minyak..mengejutkan..

semalam 23 jun 08..129 wakil-waki rakyat kerajaan menyokong usul kenaikan minyak di parlimen setelah kenaikan harga minyak diumumkan oleh PM..tindakan yg mengejutkan ini disebabkan beberapa perkara

1. kenapakah usul ini dibawa di parlimen sedangkan kenaikan harga minyak telah pun diumumkan oleh PM dan dilaksanakan?

2. perkara kedua yg mengejutkan ialah adakah wakil yg menyokong usul ini tidak menyedari keperitan rakyat kebanyakkan atas kenaikan harga minyak ini dan menutup mata dan telinga mereka. marilah turun dan lihat di pasar-pasar, kedai-kedai, nelayan, petani, penternak, dll. MARILAH TURUN DAN LIHAT KAMI INI...

3. adakah sokongan wakil-wakil rakyat ini cubaan menghalalkan tindakan melulu mereka atas kenaikan ini lalu seolah-olah mahu ditunjukkan kepada rakyat Msia bahawa sokongan majoriti wakil-wakil rakyat kerajaan di parlimen ini merupakan seolah-olahnya suara majoriti rakyat seluruhnya dan tanpa memperdulikan kepayahan dan kesusahan rakyat mustadafin dan marhein yg merupakan majoriti rakyat didalam negara kita yg ratanya berpendapatan RM1500 kebawah.

walaubagaimanapun kita seharusnya berterimakasih kepada wakil-wakil rakyat PR yg membantah sokongan terhadap usul ini sekalipun mereka gagal dalam undian mereka. ini menunjukkan wakil-wakil ini amat prihatin terhadap rakyat bawahan yg ratanya mengharapkan suara dan jeritan kesengsaraan mereka juga berkumandang di dengari oleh semua pemimpin dalam negara dan rakyat umumnya. TERIMA KASIH DARIPADA KAMI RAKYAT MARHEIN

Syabas dan Kerajaan S'gor capai sepakat..SYABAS!!


alhamdulilah, akhirnya rakyat s'gor dapat air percuma RM11.40 sebulan khusus meter domestik individu berkuatkuasa 1 Jun, satu hadiah yg saya rasa amat bermakna kpd rakyat terutama sekali ketika kesempitan hidup atas kenaikan harga minyak yg diumumkan oleh PM minggu lepas. syukur kepada Allah kerana ada juga diatas muka bumi di m'sia ni sebuah kelompok masyarakat yg begitu ingin berkhidmat utk rakyat dan menjaga kebajikan rakyat, mudahan2 Allah selamat kita semua dan mereka. wallahua'alam

Sila tonton..video mengenai Depu/Gaharu

Ladang gaharu 1,000 ekar di Gua Musang

KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang meneroka secara komersial industri gaharu memandangkan ladang seluas 1,000 ekar sudah ditanam dengan pokok tersebut di Gua Musang.
Pokok gaharu atau lebih dikenali sebagai depu akan meningkatkan lagi pencapaian Kelantan dalam bidang biotek.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, pokok depu mampu mengeluarkan hasil sehingga mencecah RM2 juta setiap satu ekar dalam tempoh 10 tahun.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menceburi Industri Gaharu, di sebuah hotel di sini, semalam katanya tanaman pokok depu juga secara tidak langsung dapat mengekalkan alam semulajadi.

Seramai 50 peserta yang terdiri dari golongan profesional dari beberapa negara termasuk Yaman dan Brunei hadir pada seminar berkenaan.
Husam berkata, setiap satu ekar ditanam sebanyak 400 pokok depu.

Kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sijil khusus sebagai hak pemilikan ladang terbabit kepada pengusahanya bagi membolehkan sebahagian tanah tersebut dijual pada harga minimum, ujarnya.
Berucap sebelum itu beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai potensi pokok tersebut memandangkan pokok depu mempunyai dua kategori iaitu bermutu dan tidak.

Kita tidak mahu mereka menanam pokok begitu sahaja tanpa mendapat ilmu khusus, nanti apabila sampai tempoh 10 tahun, tiba-tiba pokok itu rupanya tidak bermutu, katanya.
Beliau juga berkata, penanaman pokok depu perlu dilaku secara komersial dan bukan lagi mengekalkan kaedah tradisional memandangkan permintaannya begitu tinggi.

Salmah Mat Husain Mon / May 26, 08

(HARAKAHDAILY)

... mai kita pakat tanam ramai-ramai...

Kenaikan Minyak...


Semalam kerajaan mengumumkan penyusunan semula subsidi minyak..(nampak mcm tak tersusun pun)..pengumuman yg pasti mengemparkan semua rakyat yg mana sebelum ini ada pemimpin kerajaan mengatakan tiada kenaikan harga minyak dalam tahun ini, kemudian kata pulak dalam bulan ogos, tp ntah-ntah pengumuman mengejut semalam dibuat oleh PM.. naikkan harga petrol dan diesel 41%.. tu dia aihhh..kenaikan baru ini pastinya akan memberi kesan dalam semua aspek kehidupan dan urusan rakyat kita di malaysia ini..terutama macam saya dan kekwan ddalam bidang pertanian dan penternakan..saya yakin bebrapa hari lagi kenaikan ini turut tempias kepada bahan-bahan keperluan pertanian dan penternakan..spt dedak, transpot, harga daging kambing dll..nampaknya bertambah perit la usaha kita yg sekarang pun sekadar bertahan inikan pula dgn kenaikan harga petrol dan diesel ni..mcm-mcm wajib berlaku. macm aku ni ..terlibatnya aku di bidang penternakan ini selain daripada minat adlh utk menambahkan pendapatan sampingan..tapi nampak gayanya jadi menambahkan perbelanjaan sampingan ler..


saya ada terbaca email yg dihantar kepada saya berkaitan teori kenaikan harga minyak ni.. lihat teori ni..


harga petrol diumumkan sebagai 2.70, harga yg diarahkan kpd syarikat minyak adalah 2.704.Maknanya kalau anda isi 10 liter, harganya adalah 27.04, dengan tiadanya transaksi 1 sen, harga 10 liter adalah 27.05.Kalau anda isi 20 liter, harganya 54.08, dibundarkan, 54.10. Tapi kalau 30 liter 81.12, jadi 81.10.


apapun..kenaikan harga myk ni membebankan kami rakyat


wallahua'alam

bekerja di tapak kandang dan berbakti kpd tanah...





bekerja keras di tapak..progress kandang yg sedang didirikan..terbantut sikit ...tunggu duit masyuk..





pokok gaharu dah naik lebih kurang 3-4 kaki, yg ditanam sejak 2 bulan yg lalu..berdasarkan pemantauan..pokok gaharu ni memang amat baik kalau ditanam berhampiran dgn kawasan agak teduh sikit..mgkn pokok ni suka berlumba dgn pokok lain utk mendapatkan cahaya..lagipun mmg pokok ni pokok hutan yg mmg sifatnya bersaing... pastu guna tinja kambing pun amat efektif dalam proses tumbesaran..

latest gambar suasana di kandang bulan JUN ..silalah lihat






6 ahli baru




2 minggu lepas, ayah mertua ku en. abdullah telah membeli 6 ekor katjang dari keratong..5 betina dan 1 jantan.. dengan ini telah bertambahlah ahli baru dalam NAJTIFARM.. LEBIH MERIAH lagi usaha ternakan ...semuanya bebiri dan kambing tu dalam satu kandang tpi bilik asing..harap takda masalah dengan campuran ni lah... dengar citer otai-otai lama dalamternakan ni..takda masalah bebiri dan katjang dalam satu kandang...cuma kita berjaga2 lah..

berita sedih..




pulangnya aku jumaat baru-baru ini menjenguk keadaan bebiri ku..rupanya dikejutkan dengan satu khabar..ketika aku naik kekandang melihat bebiri..aku kira bilangannya kurang seekor..tertanya juga aku kemana perginya seekor lagi..kemudian baru aku diberitahu oleh ahli keluargaku yg seekor tu mati sebab terjerut dengan tali ketika dilepaskan di kawasan ragut 2 minggu lepas..ahli keluarga aku tidak menceritakan kepadaku krn bimbangkan aku kot2 risau atau sedih..memang sedih sangat sbbnya yg mati tu yg bakal ibu bebiri yg sedang bunting 3 bulan lebih dah..nak buat camna sudah takdir Allah taala dan wajib kita menerimanya dengan hati terbuka dan mungkin ini Allah nak gantikan dengan lebih banyak lagi ..mudahan2..