Maklumat Kesihatan dan Manfaat (sambungan)


Petikan Kaedah Perubatan Rasulullah saw
Oleh Imam Jalaluddin As Suyuti.
(bahagian II)


Minuman

Jangan minum air sebaik selepas makan ataupun semasa perut kosong. Sesiapa minum air telaga makanannya dapat dihadamkan dengan baik. Elakkan daripada minum air yang sangat sejuk kerana ia memudaratkan organ-organ pernafasan lebih-lebih lagi selepas mengambil makanan panas atau manis ataupun selepas mandi air panas atau selepas melakukan hubungan kelamin. Jangan campur air telaga dengan air sungai.

Jangan minum semua air dalam satu teguk kerana ia boleh mengakibatkan penyakit al- Kabar. Al Baihaqi menerangkan maksud al-Kabar, ‘sakit pada hati’ dan satu teguk bermaksud meneguk dengan banyak. Anas meriwayatkan Rasulullah saw akan menarika nafas tiga kali iaitu sekali bagi setiap hirup dan mengatakan bahawa dengan cara ini ia lebih menghilangkan dahaga, lebih dan puas. Anas ra menambah, “ aku juga menarik nafas tiga kali dengan cara yang sama.” Hadis riwayat Muslim.

Abu Nuaim juga meriwayatkan hadis yang menyatakan setiap kali Rasulullah saw minum, baginda akan berhenti tiga kali untuk menarik nafas, menyebut nama Allah semasa mula minum dan memujinya semasa berhenti. Menurut hadis ini menunjukkan minum dan berhenti sebentar dengan menarik nafas tiga kali dan mengalihkan mulut dari bekas.

Rasulullah saw melarang menghembus nafas ke dalam bekas iaitu bermaksud jangan minum dan bernafas tanpa mengalihkan mulut dari bekas kerana mungkin terdapat titisan air liur yang masuk ke dalam bekas. Ini boleh menyebabkan bekas tersebut tercemar.

Satu cara yang terbaik ialah menetapkan kadar minum air. Ini kerana kadang-kala kita perlu minum air yang banyak disebabkan terlalu dahaga. Tetapi kita tidak pasti kekerapan minum air untuk menyejukkan badan.

Kebaikan dan faedah menarik nafas ketika minum ialah semasa menelan, nafas terhenti dan pada masa itu air dan udara amat diperlukan. Jika seseorang menarik nafas sambil tersedut setitis air ke saluran pernafasan, dia akan terbatuk dan tersedak. Jika dia berhenti minum untuk menarik nafas perkara ini tidak akan berlaku.

Anas ra berkata, “Rasulullah saw melarang umatnya minum sambil berdiri.” Akan tetapi sebahagian ulama mengatakan bahawa ini adalah untuk menghilangkan dahaga dan untuk menghadkannya. Saidina Umar,Uthman dan Ali serta ramai ulama lagi membenarkan minum sambil berdiri. Rasulullah saw juga pernah minum sambil berdiri.

Rasulullah saw juga melarang minum daripada botol yang kecil mulutnya kerana si peminum tidak dapat melihat apa yang masuk kedalam mulutnya.

Ibnu Majah berkata, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw minum air dari bekas yang dituang ke dalam cawan.

Al Muwaqqaf Abd Latif berkata, “cara terbaik untuk minum adalah dengan menggunakan bekas kaca. Orang India mengamalkannya. Raja-raja mereka suka minum dari gelas kaca daripada bekas perak atau delima kerana ia bersih dan kelihatan baru selepas dicuci. Kekotoran mudah dilihat dan racun mudah dikesan jika dimasukkan kedalam air. Inilah cara terbaik yang menjadi pilihan raja-raja di India.

Wallahua’lam







lawat tapak kandang baru











ada kenalan yg tawar tapak utk disewa ...jadikan tapak kandang yg baru dekat gombak..pi tengok..tapaknya amat sesuai ..tapi masih dalam rundingan .. banyak perkara perlu disetelkan..melihat kepada kemampuan juga dr segi kewangan..tapi tmptnya mempunyai future yg amat baik..abah umi aku pun pegi tengok sama..merekalah yg banyak memberi ransangan..doa abah umi dimakbulkan Allah..agar menjadi kenyataan






mendirikan kandang sementara.. bagi menyiapkan kandang kekal yg lebih moden dan canggih..wah!

Projek Kambing dan Biri2
















Asalnya tapak ni tanah hutan dan tiada apa-apa pembangunan, Felda benarkan para peneroka manfaatkannya asalkan utk tujuan pertanian. terima kasih Felda.. jadi, saya tidakkan melepaskan peluang ini. berkerja keras membanting tulang menumpah keringat..cuba merasai peritnya hidup seorang petani..itu sebabnya orang petani adalah orang yg paling dekat dengan Allah..ketinggian tawakkal mereka kepadaNya..

Napier


menanam napier utk sokongan pemakanan ternakan. gambar diambil lebih kurang 3 minggu yang lalu, mungkin napier ni dah makin tinggi agaknya. lebih kurang setengah ekar dah dimulakan penanaman napier ini. selain rumput-rumput renek, pergantungan kepada napier juga amat diperlukan, menurut pakar penternakan. kerana khasiat napier amat baik utk kambing mahupun biri-biri.

Maklumat Kesihatan dan Bermanfaat


Amalan Perubatan
Petikan daripada Kitab Imam Jalaluddin Abd Rahman As Suyuti

Makanan


Makanan hanya akan diambil apabila diperlukan untuk mengekalkan kesihatan. Tanda-tanda makanan diperlukan adalah seperti pertambahan deria bau, kurang air liur dalam mulut, iar kencing sangat kuning dan kuat baunya dan rasa lapar. Keadaan-keadaan sebaliknya menandakan bahawa tubuh masih tidak memerlukan makanan.

Badan pula akan menjadi lemah dan kering serta membakar juzuknya jika tidak mengambil makanan untuk jangkamasa yang lama. Begitu juga, mengambil makanan pada ketika tidak diperlukan akan menyebabkan bodoh dan malas serta menyebabkan penyakit.

Al muwaffiz abd Latif pernah berkata: “ Adat orang India semasa hendak makan, mereka akan mandi atau menukar baju bersih dahulu kemudian memaikai seidikit wangian, duduk diam dan menahan diri daripada melakukan hubungan seks. Setelah itu barulah mereka memulakan makan.”

Seseorangn itu perlu makan makanan sejuk pada musim panas dan makanan panas pada musim sejuk. Makan dengan berterusan adalah memudaratkan. Begitu juga dengan bersenam selepas makan. Langkah terbaik adalah bersenam sebelum makan. Makanan panas perlu diseimbangkan dengan makanan sejuk, masam dengan manis, lemak dengan garam asid dengan lemak. Mengambil berbagai-bagai jenis makanan akan merangsangkan juzuk tubuh. Mengambil makanan yang sama berturut-turut dan makan dengan cepat menyebabkan hilang selera dan malas. Makanan yang sangat masam akan mempercepatkan usia tua. Makanan manis sering mengurangkan nafsu seks dan tubuh akan berasa seakan-akan demam. Makanan yang masin akan mengeringkan dan merosakkan tubuh.

Berhenti makan sebelum kenyang adalah langkah yang elok tetapi kerap menahan diri daripada mengambil makan menjadikan tubuh lemah dan kurus. Menahan diri daripada makan semasa sihatdalah serupa dengan mengambil pelbagai jenis makanan pada ketika sedang sakit. Sentiasa pilih makanan yang terbaik. Jika telah biasa mengambil makanan yang tidak baik, hendaklah cuba elakkanya secara beransur-ansur. Hendalkah juga menjauhkan diri daripada mengambil makanan yang akan menapai di dalam perut seperti buah-buahan yang terlampau masam.

Amalam menyapu bersih pinggan selepas makan dapat membantu penghadaman dan meningkatkan keinginan seks. Rasulullah saw menjilat jarinya tiga kali setiap kali selepas makan. Baginda saw sering berkata, “ menyapu pinggan hingga bersih adalah umpama memohon keampunan Allah.”

Rasulullah saw menegah daripada mengambil makanan berikut secara bersama, susu dan ikan, cuka dan susu, salad dan susu, bawang putih dan bawang merah, buah-buahan dan susu, daging kering dan daging basah, makanan masam dan makanan berasid, cuka dan nasi, anggur dan terung, delima dan pudding daging, dua hidangan sejuk, dua hidangan panas atau dua hidangan yang akan menyebabkan angin.

Seelok-eloknya elakkan daripada memakan cuka dan lemak, keju dan juga daging panggang jika bekasnya diperbuat daripada tembaga. Elakkan juga makanan yang panas yang dibungkus dengan roti atau seumpamanya.

Jauhkan daripada mengambil makanan atau minuman yang tidak bertutup kerana ditakuti sesuatu yang berbisa dan membawa maut. Rasulullah saw menyeru, “ tutuplah bekas makanan dan botol minuman kamu kerna sesungguhnya terdapat satu malam dalam setahun dimana wabak penyakit akan diturunkan dan mana-mana yang tidak tertutup tidak akan terlepas daripadanya.” Kebanyakkan pakar perubatan moden bersetuju dengan hadis Rasulullah saw ini.

Sesiapa yang memakan bawang merah selama 40 hari akan keluar jeragat dimukanya. Sesiapa yang bertubuh sederhana dan makan garam akan dijangkiti penyakit kulit. Sesiapa yang makan ikan bersama telur akan menjadi lumpuh. Sesiapa yang makan sehingga kenyang dan terus mandi dengan air panas akan menjadi lumpuh.

Anas ra telah meriwayatkan bahawa rasulullah saw telah bersabda , “ punca kepada segala penyakit ialah kesejukkan.”

Adalah amat sukar bagi manusia untuk menahan diri daripada makan dengan banyak apa-apa makanan yang disukai dan makanan yang menyelerakan. Rasulullah saw bersabda, “ tidak ada bekas lain yang diisi penuh oleh kaum Adam selain daripada perut mereka. Hendaklah kamu makan sekadar beberapa suap untuk menguatkan badan. Seeloknya satu pertiga perut diisi dengan makanan, satu pertiga lagi untuk air dan satu pertiga lagi untuk pernafasan.”

berita akhbar: Teknologi dalam penternakan


Utusan 25/4/08: Biak baka kambing kaedah bioteknologiOleh KHAIRUNNISA SULAIMANBermula dengan lawatan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, tercetuslah idea untuk membina Pusat Embrio Haiwan Nasional (NAEC) pada awal tahun ini.Pusat berkenaan bertanggungjawab mengumpul segala embrio, telur atau sperma semua jenis haiwan sama ada ruminan atau unggas bagi tujuan pembiakan in-vivo atau in-vitro.Tujuan NAEC adalah untuk membangunkan baka-baka haiwan ternakan terutamanya kambing Boer dan lembu Brakmas bagi tujuan eksport.Di sini, baka-baka bermutu akan dikumpulkan seperti ladang baka atau stud Boer di Afrika Selatan dan Brakmas dari Australia bagi dibiakkan di negara ini.Pusat yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada peringkat permulaan hanya mengimport embrio dari luar negara seperti Afrika Selatan.Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Dr. Mohmad Mustafa berkata, pihaknya telah membawa lebih kurang 600 embrio beberapa spesies kambing seperti Boer, Kalahari Red (merah) dan Savana (putih) dari Afrika Selatan.“Boer merupakan baka kambing ternakan terbaik dunia manakala Kalahari Red dan Savana merupakan cabang baka berkenaan,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.Dr. Mohmad berkata, NAEC ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti baka memandangkan harga seekor kambing Boer terbaik boleh melangkau lebih RM100,000.Justeru, harga yang mahal menyebabkan kebanyakan penternak dan negara hanya membeli embrio dan semen untuk di simpan di dalam bank gen serta menggunakan ibu tumpang bagi tujuan pembiakan.NAEC juga memberikan perkhidmatan bioteknologi pembiakbakaan lanjutan seperti permanian beradas dan pemindahan embrio bagi sektor kerajaan dan swasta.Pusat berkenaan amat mementingkan kualiti mendapat pengiktirafan ISO1800.NAEC bukan saja menyimpan embrio haiwan ruminan tetapi juga haiwan bukan ruminan termasuk unggas yang pertama didirikan di negara ini.Tugas MARDI yang lebih menjurus kepada haiwan ternakan terutama Boer.Dr. Mohmad berkata, Boer yang berasal dari Afrika Selatan telah dimula dikaji sejak lebih 100 tahun lalu tanpa kacukan dengan spesies lain.Pembangunan dan pemilihan baka yang dijalankan mendapatkan baka terbaik yang lebih ekonomik sehingga berat badan boleh bertambah 300 gram sehari.Persatuan Penternak Boer Afrika Selatan telah dijemput untuk melakukan akreditasi di ladang MARDI bagi baka Boer.Ini memandangkan kambing mempunyai sifat semula jadi gemar memakan daun pokok berbanding biri-biri yang meragut rumput.“Kambing Boer perlu dilepaskan di padang ragut setiap hari kerana di habitat asalnya haiwan ini dibiarkan lepas bebas,” katanya.Dr. Mohmad berkata, tujuan NAEC dengan Advanced Reproductive Biotechnology (ARB) bagi menghasilkan baka berkualiti.Pihak MARDI mempunyai 100 ekar kawasan ladang ragut dengan enam ladang besar bersama-sama 700 ekor kambing baka tulen (stud) Afrika Selatan dan 60 ekor jantan.Baka tulen Boer Afrika Selatan telah dibangunkan sejak 15 hingga 20 tahun lalu di Australia dengan kambing gunung Ferrall dan Cashmere.Kini NAEC dan ARB akan membantu ladang-ladang satelit seperti Sayfull dan Boden bagi menghasilkan baka yang terbaik.Malaysia boleh menjadi hub bagi haiwan ternakan bukan saja haiwan ruminan seperti lembu dan kambing tetapi juga unggas.Dr. Mohmad berkata, Boer dipilih kerana mempunyai karkas sehingga 55 peratus.MARDI yang membeli embrio dan baka dari Afrika Selatan akan memberikan lebih banyak pendidikan kepada petani.“Biasanya kambing Boer yang dipelihara secara intensif akan dikurung di dalam kandang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti tidak sihat dan tidak cukup makan.“Sebaiknya kambing dilepaskan di padang ragut yang mempunyai pokok-pokok renek dan kekacang bagi membekalkan protein,” kata Dr. Mohamad.Beliau menambah, kambing Boer juga lebih suka menghabiskan masa dengan makan di tengah malam dan ini dapat meningkatkan berat badan.Justeru ini boleh menjadikannya lebih hampir kepada habitat asal dan ini dapat mengurangkan pemberian makanan tambahan seperti palet.Biasanya kambing Boer menghasilkan dua ekor anak setiap kali bunting dan biasanya 20 ekor ibu akan mempunyai 30 ekor anak.Selepas enam minggu beranak, ibu tadi sudah boleh mengawan dan bunting selama lima bulan.Kambing Boer yang boleh membiak tiga kali setahun jika dipelihara dengan baik boleh menghasilkan banyak kambing.Malaysia sepatutnya mempunyai Persatuan Kambing Boer bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa.Manakala ladang satelit merupakan penghubung antara NAEC dengan penternak kecil-kecilan memandangkan mereka mempunyai makmal kecil bagi menjalankan aktiviti bioteknologi.

penternak pun kena tahu sembelih juga


pisau sembelih 15 inci ..dibeli di pameran kraftangan baru-baru ini..boleh digunakan utk sembelih lembu..raya haji tahun lepas 13 ekor lembu berjaya ditumbangkan olehku..tapi pisau yg digunakan kurang sesuai..kali ini..mantap..

buatan malaysia


Baru-baru ini aku pergi ke pameran kraftangan di pusat kraftangan malayssia jalan conlay.. berbangga dengan hasil kerja rakyat tempatan..keunikan dan kecanggihan hasil kraftangan mengagumkan aku..yang aku teringin sangat nak beli di pusat pameran ini ialah pisau sembelih.. dapat juga sebilah buatan Sabah..15 inci panjang. Hasilnya amat unik..perusahaan sebeginilah yang menarik minat diriku utk sama-sama berusaha juga menitiskan peluh menghasilkan sesuatu yang unik juga, spt menternak kambing misalnya, buatan Malaysia..sokonglah usahawan Malaysia ..penternak malaysia

kawasan kandang di kampung mertuaku amat indah pemandangannya, diatas tanah agak tinggi sehingga mampu melihat kawasan sekitar ladang sawit dan kampung, nun jauh disana. keadaan sekitar yang indah ini mudahan2 sumber inspirasiku mendapat idea usahwan dan perniagaan yang lebih baik.

11 ekor biri2 bersedia di kandang hampir sebulan


ini permulaan hasil usaha aku dan ahli keluargaku menceburi bidang yang sangat memerlukan kesabaran dan ketabahan. cita2 ku selama ini ingin memiliki satu perusahaan ternak sendiri kini dalam progress. doakanku agar aku diberikan kejayaan. Ya Allah.. sunnah rasul dan nabi Mu yang menaikkan semangatku utk terlibat dalam keusahawanan tani ini.

Kerja seharian


adik ipar zaini, sedang melayan karenah biri-biri,diberi makan rumput-rumput hutan yang sangat mudah diperolehi di sekitar kampung felda. 2 kali sehari diberikan rumput. zaini bekerja sepenuh masa utk menjayakan projek ini.

Sejarah


pada 25 Mac baru-baru, usaha saya memiliki pengusahaan kambing dan biri-biri telah menjadi kenyataan apabila telah berjaya membeli 11 ekor biri-biri untuk diternak di kandang di kampung mertua saya di Felda Tementi Bera, Pahang.