RISALAH PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT *PAS : MEMORI AL AHZAB KEMBALI SEGAR* Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim Firman Allah swt dalam surah al Ahzab ayat 9-10,  قوله تعالى : ياأيها الذين آمنوا اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحا وجنودا لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرا . إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا  Maksudnya,  "...Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan..." ".. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan..." PAS kini menjadi sasaran pelbagai sudut samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Apabila PAS memimpin gagasannya sebagai pembangkang Blok 3. Pendekatan terbaru PAS menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta usaha gigihnya memartabatkan Islam melalui usaha Pindaan Rang undang-undang Akta 355 dipandang sinis. PAS terus tidak henti-henti menjadi sasaran serangan musuh yang bersifat anti Islam dan pengkhianat perjuangan Islam yang tidak senang dengan kemajuan dan kemampuan PAS dengan rangkaian rekayasa fitnah dan tohmahan bagi mendiskreditkan PAS.   Pendirian PAS terbaru ini adalah bagi menegaskan prinsip bahawa PAS tidak akan bersama dengan mereka yang keras anti kepada islam dan juga pengkhianat perjuangan islam.  Serangan dan kepungan terhadap PAS ini mengembalikan nostalgia kenangan sirah yang berlaku terhadap Islam dan negara Madinah pimpinan Nabi saw sewaktu peristiwa peperangan Al ahzab.  *Asal Usul Pakatan Al Ahzab*. Perkataan al Ahzab membawa maksud kumpulan-kumpulan atau parti-parti yang bergabung sehingga terbentuk satu parti atau kumpulan yang bertujuan menghadapi dan menghancurkan Islam.  Pada asalnya kewujudan al Ahzab ini daripada penggerak utamanya ialah Yahudi Bani Nadhir yang sangat berdendam dengan Islam dan mengkhianati perjanjian persefahaman dengan Nabi saw atas asas Piagam Madinah. Malah musuh ini melakukan cubaan membunuh Nabi saw.  Dendam dan sikap permusuhan yang kuat terhadap Islamlah faktor kepada usaha menghidupkan al Ahzab.  *Siapakah Anggota Al Ahzab* Anggota Al Ahzab terdiri daripada beberapa kumpulan yang berbeza latarbelakang. Antara golongan yang anti Islam seperti Yahudi Bani Nadhir.  Golongan yang mengkhianati Perjanjian persefahaman Piagam Madinah iaitu Yahudi Bani Quraizah.  Golongan yang enggan menerima Islam dari kalangan sebangsa dengan Nabi saw dan para sahabat iaitu Musyrikin Mekah.  Golongan yang mengkhianati perjuangan Islam dan menikam dari belakang iaitu Munafikin. Namun Yahudi Bani Nadhirlah penggerak utama, penyumbang kewangan dana kempen peperangan, pencetus idea dan perancang strategi.  Kesemua golongan tadi tunduk kehendak kepada Yahudi Bani Nadhir dan rancangannya. Mereka terpukau dengan janji manisnya dan habuan yang bakal diterima.  *Strategi Menghadapi al Ahzab.*  Nabi saw sendiri bermusyawarah dengan para sahabatnya membincangkan strategi berdepan dengan Al Ahzab.  Idea Salman Al Farisi ra diterima oleh Nabi saw iaitu membina parit (khandak). Khandak adalah strategi asing bagi orang Arab kerana ia merupakan taktik orang Parsi. Taktik perang orang Arab hanyalah " hit and run ".  Maka taktik menghadapi kemaraan Al Ahzab adalah strategi yang asing bagi musuh yang mampu memberikan kejutan.  PAS juga mengemukakan taktik dan strategi budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai satu langkah asing bagi musuh untuk berdepan dengan gabungan musuh yang memiliki kepelbagaian latarbelakang. *Munafikin yang Mengganggu Perjuangan Islam.* Kerja penggalian parit sebagai taktik menghadapi Al Ahzab sering diganggu oleh Munafikin yang cuba menggagalkannya dengan cara menimbulkan pelbagai masalah. Mereka selalu mencuri tulang lari daripada tapak penggalian, ada yang secara senyap pulang ke rumah, ada juga di kalangan mereka yang sengaja tidak hadir ke tapak penggalian melaksanakan kerja menggali sepertimana para sahabat yang lain dengan memberi bermacam-macam helah dan alasan, ada juga yang lewat datang kerja menggali dan tidak melakukan kerja dengan bermundar mandir tanpa arah tujuan. Sebaliknya para sahabat Baginda saw gigih dan optimis dengan taktik ini dalam melaksanakan tugas penggalian. Sikap munafikin memperlihatkan rupa sebenar mereka bahawa mereka sememangnya berharap Islam gagal dalam pertempuran dengan Al Ahzab dan bukannya mereka ingin membantu Islam tetapi mereka membantu musuh Islam. *Taktik Baru Menjanjikan Kemenangan* Sewaktu penggalian parit, berlaku peristiwa pemecahan batu yang menghalang kerja-kerja penggalian. Salman Al Farisi meriwayatkan bahawa Nabi saw memecahkan batu besar itu dengan tiga pukulan dan diselangi dengan pancaran cahaya. Setiap pancaran itu diceritakan Nabi saw bahawa yang pertama Baginda saw diperlihatkan kemenangan Islam atas Parsi, disusuli Rom dan Habshah. Rom dan Paris didoakan agar dianugerahkan kemenangan kepada Islam dan ghanimahnya sebagai hadiah kemenangan.  Ini satu pemahaman bahawa taktik penggalian parit adalah satu  strategi yang bakal membuahkan hasil kemenangan pada masa akan datang yang dijanjikan Allah swt. *Al Ahzab Ditewaskan Dengan Pertolongan Allah*.  Perjuangan Islam pasti berdepan dengan musuh yang ramai dan bersatu. Walaupun mereka berbeza latarbelakang dan pendirian.  Akan tetapi tatkala berdepan dengan Islam mereka mengenepikan perbezaan dan bersatu menentang Islam.  Fizikal daripada kesatuan mereka menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat mereka. Kemampuan dan keupayaan musuh dengan dana, kelengkapan persenjataan, bilangan anggota yang ramai, pimpinan yang ditonjolkan, semuanya memberikan kelebihan mengatasi lawannya.  Sebaliknya di pihak Islam serba kekurangan pada fizikal, bilangan anggota yang sedikit, dana yang ala kadar, kekurangan kelengkapan dan lain-lain sudah tentu tiada kelebihan jika dibanding dengan Al Ahzab.  Namun, pejuang Islam ada Allah. Yakin pada janjiNya dan pertolonganNya. Optimis dengan masa depan Islam. Ingin keredhoanNya dan syurgaNya bukan dunia yang murah dan tiada kekal.  Pada zahirnya sesiapapun yang melihat pasti akan mengatakan bahawa Islam akan mengalami  kekalahan apabila bertembung dengan Al Ahzab. Allah swt mengutuskan tenteranya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak mampu dihuraikan dengan lojik akal manusia yang terbatas. Angin kencang dan sejuk menjadi tentera Allah mengalahkan tentera Al Ahzab.  Begitulah juga PAS yang kini berdepan dengan Al Ahzab moden yang pada zahirnya serba kecanggihan dan keupayaan. Seolah-olahnya PAS langsung tiada peluang untul menang. PAS dilihat oleh pelbagai pihak sebagai lemah dan tiada upaya menghadapi Al Ahzab.  Maka pada waktu itu, yakinlah bantuan Allah yang tidak mampu dilihat dan diperjelaskan dengan akal fikiran akan didatangkan oleh Allah membela pejuang dan penegak agamaNya.  Al Ahzab moden juga akan ditewaskan oleh tentera Allah tanpa sedikitpun kepayahan dan kesulitan di pihak Allah swt. Inilah pertolongan Allah swt yang membawa kepada kemenangan yang tidak dijangka sekalipun bilangan musuh adalah 3 kali ganda berbanding kekuatan yang dimiliki Islam. Beginilah kisah memori kenangan Perang Khandak atau Al Ahzab yang amat rapat dengan situasi politik yang sedang dialami oleh PAS pada ketika ini. Ketahuilah bahawa Al Ahzab tetap wujud sepanjang zaman hingga ke hari kiamat. Hanya yang berbeza adalah orangnya saja, tetapi sikap, perangai dan tindakan mereka adalah serupa dengan apa pernah dialami oleh Islam pada zaman Nabi saw. Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 140,  وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاء "....Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid..." Semoga Allah swt memperkukuhkan kita di atas perjuangan Islam.  Penulis adalah Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Minyak naik atau subsidi ditarik balik

Subsidi minyak kepada rakyat adalah hak rakyat. Ini kerana negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak, sewajibnya nikmat hasil negeri dirasai oleh rakyat. Sumber negeri, hasil negeri yang dianugerah Tuhan adalah hendaklah dipulangkan kepada penduduk negeri itu. Sekiranya subsidi menjadi isu ketidakadilan dalam pengagihan, teknik cukai dalam Islam hendaklah dipraktiskan nengikut semangat zakat supaya adil dari sudut sumbangan kepada negeri. Iaitu cukai atas pendapatan dan bukannya atas perbelanjaan. Dengan kata lain, hanya orang kaya membayar cukai dengan cara orang kaya dan orang miskin membayar cukai dengan cara orang miskin.

Artikel terbaru. Untuk perkongsian semua

*PENDEKATAN HOLISTIK MENGATASI KEPINCANGAN KEWANGAN NEGARA* Pembentangan bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak baru-baru ini adalah pembentangan bajet berhutang dan defisit secara berturut-turut sejak beberapa tahun. Bajet ini menggambarkan bahawa negara terpaksa berbelanja lebih daripada kemampuannya dan wujud kepincangan kewangan negara. Ini secara jelas menunjukkan bahawa negara sedang berhadapan dengan kewangan yang dibimbangi ia akan berpanjangan dan tidak menampakkan kesudahannya. Inilah hasil daripada sikap pemerintah hilang arah apabila jauh daripada petunjuk wahyu yang kesannya tidak lain dan tidak bukan kembali kepada rakyat kebanyakan yang terdiri daripada golongan misikin dan sederhana. Tidak dinafikan disana sudah tentu ada usaha proaktif dan juga idea yang dicetuskan bagi mengatasi masalah ini dengan melibatkan pelbagai pihak dari kalangan pihak kerajaan mahupun daripada pihak bukan kerajaan. Walaupun langkah-langkah yang telah, yang sedang dan yang akan diambil ada sebagai usaha utnuk meningkatkan hasil negara sekaligus mengupayakan keberhasilan kewangan negara namun jangan ditinggalkan juga aspek holistik yang dididik menerusi Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Al Quran dan Sunnah tidak hanya mengemukakan saranan Syari'e dan panduan suruhan dan larangan, tetapi kalau diteliti dan dihayati secara ilmiah dan kefahaman mendalam, kedapatan unsur holistik terkandung dalam saranan yang meletakkan kepentingan iman dan keyakinan sebagai pra syarat untuk memperolehi kejayaan dan mengatasi permasalahan. Disini dikemukan 4 saranan daripada pemahaman secara holistik daripada Al Quran. 1  *Mengatasi dan Membasmi Kemiskinan* Dalam Al Quran kedapatan sejumlah ayat yang menyebut tentang golongan fakir dan miskin yang memberi mesej bahawa golongan ini mendapat kedudukan dan perhatian utama oleh Allah s.w.t. agar ditunaikan hak mereka di atas dunia. Islam meletakkan kewajiban kepada pemerintah dan penguasa atau sesiapa yang menguruskan hal ehwal manusia supaya bertanggungajwab terhadap golongan fakir dan miskin agar mereka tidak diabaikan. FirmanNya dalam surah al Baqarah ayat 271, لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ "..Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya..." Apa sahaja perancangan dan usaha meningkatkan kewangan dan ekonomi negara atau negeri, maka golongan fakir dan miskin tidak seharusnya dipandang sepi dan diperkecilkan.  Golongan fakir dan miskin hendaklah dijadikan sasaran utama di antara kumpulan masyarakat sesebuah negeri oleh pemerintah dengan berusaha mengeluarkan mereka daripada himpitan kehidupan dan daripada belenggu kemiskinan. Pihak penguasa dan pemerintah tidak seharusnya menetapkan keputusan dan apa sahaja perancangan ekonomi dengan mengabaikan nasib fakir dan miskin malah menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh mereka.  Sebagai contoh,  penetapan cukai berasaskan perbelanjaan ke atas rakyat seperti Cukai Barangan dan Servis atau GST yang sudah tentu membebankan golongan fakir dan miskin yang sedia dalam keadaan susah dan sempit. Tambahan pula kedapatan bebanan cukai-cukai yang lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan dan lain-lain yang dikenakan ke atas rakyat yang mana majoritinya adaah golongan fakir dan miskin yang paling terkesan. Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak petrol telah memberi impak yang sangat besar terhadap golongan yang paling ramai ini. Sehingga mereka dibeban dengan kos kenaikan harga barangan mentah dan lain-lain implikasi daripada kenaikan harga petrol dan diesel. Allah s.w.t. telah mengancam dalam al Quran terhadap golongan yang tidak mempedulikan golongan fakir dan miskin dengan khabar buruk. FirmanNya surah al Haqqah ayat 34, وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin." FirmanNya dalam surah al Muddhatsir ayat 42-44, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Surah al Fajr ayat 18, وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ "..Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;.." Ke semua ayat diatas Allah s.w.t. menceritakan ancaman berita buruk kepada sesiapa sahaja yang mengabaikan golongan fakir dan miskin terutamanya terhadap penguasa dan pemerintah. Dikaitkan ayat ancaman khabar buruk ini dalam konteks pemerintahan dan kerjaan kerana ayat-ayat diatas menyatakan kisah kerajaan dan pemerintah yang zalim seperti Firaun, kerajaan Kaum Samud dan Kaum Ad. Ini bermakna bahawa pemerintah memiliki tanggungjawab yang besar terhadap golongan fakir dan miskin. Justeru itu, mengangkat dan melepaskan kesusahan golongan fakir dan miskin menjadi misi utama sesebuah kerajaan dan pemerintah negara yang melaksanakan tugas demikian akan dibalas dengan rahmatNya Keberkahan daripada Allah kepada sesebuah negeri dan masyarakat apabila pemerintah dan penguasa sentiasa mengambil berat dan cakna terhadap golongan fakir dan miskin. Renungi lah hadis Nabi s.a.w. yang menyatakan perihal keutamaan golongan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda Sa'ad tatkala dia merasa kelebihan pada dirinya, هَلْ تُنْصَرُوْنَ وَتُرْزَقُوْنَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ “..Kalian hanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian” (HR. Bukhari no. 2896). Dalam lafaz lain disebutkan bahwa Nabi s.a.w. bersabda, إِنَّمَا يَنْصُرُ اللهُ هَذَهِ اْلأُمَّةَ بِضَعِيْفِهَا: بِدَعْوَتِهِمْ، وَصَلاَتِهِمْ، وَإِخْلاَصِهِمْ. “Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab orang-orang lemah mereka di antara mereka, yaitu dengan doa, shalat, dan keikhlasan mereka” (HR. An Nasai no. 3178. 2. *Penghapusan Sistem Riba Yang Menindas* Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 275, الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُون Maksudnya: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya". Riba adalah satu bentuk penindasan ekonomi yang mencengkam manusia daripada memiliki kebebasan dan kelapangan kewangan. Penindasan yang berupa bentuk mengikat mereka yang terlibat untuk tunduk kepada pemodal (kapitalis) melalui sistem ini. Sistem riba bukan satu sistem merawat masalah dan bukan juga untuk menjanakan ekonomi tetapi ia adalah sistem perhambaan moden untuk menindas golongan peminjam dan miskin untuk tunduk kepada penguasaan pemodal. Sistem ini tidak berupaya mendekatkan golongan miskin dengan golongan yang kaya malah menambahkan jarak yang sedia jauh antara keduanya. Kebiasaannya riba berlaku dalam transaksi melibat pinjaman samada pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi dan lain-lain. Transaksi pinjaman wujud disebabkan ketidakmampuan peminjam yang pada waktu itu wujud pemiutang atau pemberi pinjaman memberikan modal pinjaman. Maka riba pada ketika itu jadikan sebagai satu sistem untuk mendapat keuntungan mudah oleh pihak pemberi pinjaman pada yang masa  mengekploitasikan golongan yang tidak berkemampuan dan lemah.  Negara yang mengamalkan dan menghalalkan sistem riba dalam sistem kewangannya dengan berhutang atau memberi hutang menjadikan bakal menjadikan negara itu jatuh ke lembah sistem perhambaan ekonomi. Riba menjadikan masyarakat sesebuah negara bersifat mementingkan diri sendiri dan hilang rasa kepedulian terhadap golongan yang lemah. Inflasi juga akan terhasil daripada sistem riba yang menyebabkan hilang keupayaan daya membeli dan menyusut nilai wang disebabkan tingginya harga barangan. Jurang dan jarak antara golongan miskin dan kaya tidak mampu didekatkan dengan perluasan sistem riba dalam aktiviti ekonomi. Ini dinyatakan oleh Allah tentang bagaimana inflasi terhasil dengan riba apabila perlaksanaan sistem ini mengikis dan menyusutkan kebaikan pada kewangan dan harta. Nilai pada harta tidak mampu memanfaatkan pemiliknya apabila harga barangan meningkat secara berterusan dan pada masa yang sama berlakunya penyusutan nilai wang. Walaupun orang ramai memiliki wang,  tetapi wang tidak mampu dibelanjakan atau tetap tidak mencukupi sekalipun banyak.  FirmanNya dalam Surah al Baqarah ayat 276, يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ "..Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa..." Para ulamak menyatakan bahawa  يمحق الله itu bermaksud " hilang " samada berkat mahupun bermanfaat. Sistem riba wajib ditukar dan dihapuskan dengan alternatif pilihan yang lebih baik dan berkat. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah menerusi sistem ekonomi Islam yang tidak menjadikan sistem riba sebagai asas perniagaan dan ekonomi. Pinjaman secara Islam seperti Bai' Bi Samanil ajil dan qardul hassan adalah perlu diperluaskan dalam semua aspek ekonomi dan kewangan termasuk bukan hanya dalam sistem perbankan komersial malah sistem kewangan negara. Ini kerana kedua-duanya sistem pinjaman dalam Islam tersebut mengandungi manfaat untuk dipulangkan kembali kepada golongan miskin dan lemah. 3. *Hasil Bumi Negara Adalah Milik Rakyat* Antara inisiatif lain mampu meningkatkan dayaupaya ekonomi negeri adalah dengan memastikan bahawa rakyat sesebuah negeri dapat merasaikan kekayaan hasil negeri itu dan bukannya oleh pihak lain. Ini adalah kerana hasil sesebuah negeri itu adalah kepunyaan rakyatnya dan bukannya pemodal semata-mata. Penguasa dan pemerintah hanyalah pemegang amanah sahaja bagi pihak rakyatnya yang dilantik untuk mengurus,  menjana dan memakmurkan hasil negeri yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Keuntungan dan kekayaan daripada penjanaan hasil negeri itu hendaklah diagihkan secara adil dan saksama. Cara inilah yag dididik menerusi al Quranul Karim l. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Hasyr ayat 7, مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ "..Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).." Ketetapan pembahagian harta Al Fai' oleh Allah s.w.t. sebagai menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t. ingin mempastikan bahawa manusia bersikap adil dan saksama dalam mengagihkan segala perolehan harta negara kepada mereka yang berhak khasnya mereka yabg dikatakan penguasa dan pemerintah. Ini dilihat menerusi firmanNya dalam ayat 7 surah al Hasyr, كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ "..(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.." Ia juga menjadi satu pengajaran bahawa adalah sepatutnya harta hasil perolehan negara dirasai atau juga dinikmati oleh setiap rakyat dan ia tidak dimonopoli sesama golongan yang kaya sahaja atau mereka yang berkepentingan seperti penguasa dan pemerintah. Konsep pengagihan harta perbendaharaan negara seperti al Fai' inilah pengajaran daripada Allah s.w.t. bahawa kekayaan yang dimiliki negara seperti minyak, air serta tanah hendaklah diagihkan kepada manusia atau rakyat bagi sesebuah negeri. Pengagihan harta negeri perlu disalurkan sewajarnya kepada rakyat bukannya diniagakan dan diambil peluang daripadanya melalui penswastaan yang hanya mementingkan keuntungan tanpa langsung bersifat berkebajikan dan bertanggungjawab. Sistem penswastaan walaupun dari satu sudut mampu memberikan kesan yang baik pada servis, kualiti dan lain-lain tetapi ia perlu dikawalselia oleh pemerintah dan dijamin hak rakyat tidak dikesampingkan dengan sikap rakus pemodal dan pihak swasta untuk mengaut keuntungan. Pihak pemerintah hendaklah memastikan syarikat samada kaitan kerajaan mahupun tidak yang terlibat dengan pengurusan dan penjanaan hasil negeri seperti minyak, air, gas, kelapa sawit agar tidak sewenangnya menjadikan kekayaan hasil negeri ini sebagai jalan pintas untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata dengan mengenepikan hak kebajikan dan keperluan rakyat sesebuah negeri. 4. *Kebajikan itu Membangunkan Harta* Islam mendidik menerusi al Quran bahawa kebajikan bukan hanya menerusi ibadah yang khusus sahaja. Malah Berkebajikan dalam Islam itu meliputi makna yang sangat luas. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 177, لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ "..Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa..." Konsep berkebajikan dalam Islam bukan bermakna bahawa semua perkara dan benda diberi percuma tetapi ia bererti tidak semua perkara hanya difikirkan keuntungan sahaja dan bertujuan komersial. Berkebajikan itu mengandungi unsur sedekah pada satu sudut dimana sedekah memiliki kebaikan tersendiri yang juga mampu mencernakan keberkatan pada sesuatu harta dan kewangan. Negara yang berkebajikan mampu membawa kebaikan pada harta negara dan juga diberkati. Penguasa sesebuah negeri tidak perlu berniaga dengan rakyatnya dan ingin mencari keuntungan daripada rakyat. Negara yang baik adalah negara yang mengembalikan hasil dan kekayaan negerinya semula kepada rakyatnya sebaik mungkin. Allah juga telah berjanji akan memulangkan semula kebajikan yang dilaksanakan oleh negeri tersebut. Konsep sedekah itu wujud dalam berkebajikan dan setiap yang disedekahkan pasti digantikan oleh Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lebih baik sebagaimana yang dijanjikanNya dalam pengajaran daripada ayat al Quran. FirmanNya dalam surah al Baqarah ayat 265, وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ "..Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan..." Ayat ini menjelaskan bagaimana kaitan sedekah dengan kemakmuran sesebuah negeri. Negeri yang berkebajikan dijadikan oleh Allah dengan limpahan kebaikan samada dengan kesuburan tanah, peningkatan hasil bumi, kewujudan sumber baru dan lain-lain. Konsep Berkebajikan inilah yang perlu diteliti oleh penguasa dan pemerintah negara agar kemakmuran bumi dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Semoga saranan dan cadangan ini mampu membuka pintu hati para penguasa dan pemerintah supaya kembali kepada panduan Ilahi. Nukilan Al Faqir Ila Robbihi Ustaz Muhammad Najhan Halim Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor 2 November 2016.

TERAPI KAMBING


Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit


Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih S ayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih s ayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih s ayang .

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih s ayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih s ayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

LAMA TIDAK MENULIS DI BLOG

disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan, blog ini agak sepi...insyaAllah saya akan meng'update'kannya tidak lama lagi..dengan peristiwa dan cerita yang baru utk dikongsi bersama