Kosmo siarkan fakta GAHARU




berita dan maklumat gaharu masuk dalam akhbar Kosmo 25 mei baru-baru ini. baca dan lihat prospeknya..betapa hebat ..alhamdulillah aku dah tanam sedikit dan konsisten utk terus menanam dari semasa ke semasa. mereka yg membaca bolehlah mengenali dengan lebih dekat dan mendalam berkaitan dengan gaharu ini, jadi aku galakkan kepada sesiapa yang memilki peluang ini, maka janganlah dilepaskan.. ini pelaburan 7 tahun akan datang..

Dah lama tak jenguk..

dah hampir sebulan aku tak jenguk bebiri di kampungku. dengar citer, ayah mertua ku dah masukkan 6 ekor katjang pula dalam kandang yang sama..apa agaknya kabar bebiri dan katjang kat sana ye? boleh kah 2 jenis spesis ini berada dalam kandang yang sama? tapi aku ada menjenguk forum bicarajutawan tempoh hari..otai-otai kat dalam forum tu kata mereka yang yg dah lama meletakkan bebiri dan kambing dalam kandang yang sama setakat ini belum lagi menunjukkan apa-apa masalah.. jadi kita tunggu dah lihatlah perkembangannya. kerana ilmu ini perlu kepada cubaan dan pemerhatian serta pemantauan selain daripada pengalaman. lusa insyaAllah aku akan balik kampung tengok apa perkembangannya. tak sabar rasanya ...

Betapa Peri Pentingnya Pertanian, Setuju kan?


UTUSAN 20 MEI 2008

Kepentingan sektor tani
Oleh ZAHARI MAN

Bayangkan apa akan terjadi dalam negara jika makanan tidak mencukupi dan rakyat kebuluran? Adakah bidang pertanian dan pemakanan negara kurang penting jika dibandingkan dengan bidang pertahanan dan keselamatan? Persoalan ini jarang timbul dalam perbincangan pemimpin dan ahli pemikir negara untuk merangka strategi jangka panjang dalam bidang pemakanan dan pertanian kerana masing-masing mengambil andaian bahawa negara ini tidak pernah diancam dengan suasana kebuluran atau rakyat tidak pernah mengamuk kerana tidak cukup makan. Tidak pernah berlaku adakah bermakna ia tidak akan berlaku? Sama seperti keadaan negara yang tidak pernah diserang musuh adakah merupakan jaminan bahawa serangan dari luar tidak akan akan berlaku? Adakah negara akan menunggu rakyat diancam kebuluran baru kerajaan akan memberi perhatian dan peruntukan besar bagi membangunkan bidang pemakanan dan pertanian? Jika dibandingkan peruntukan untuk bidang pertahanan dan keselamatan dengan bidang pertanian dan pemakanan, jelas menunjukkan perbezaannya. Pekerja pertanian sejak dari awal pembabitan mereka dalam kerja-kerja di sawah tidak pernah menjalani sebarang latihan. Mereka mewarisi sahaja kerja orang tua yang terdahulu dan tidak ada badan yang mengambil peduli tentang tahap kebolehan dan kebajikan mereka. Sebaliknya setiap anggota tentera akan menjalani latihan rekrut dan ketenteraan selama beberapa waktu dengan dibayar elaun, diberi tempat kediaman yang selesa dan menerima rawatan kesihatan percuma sepanjang latihan. Apabila anggota tentera tamat latihan mereka akan mula berkhidmat dengan dibayar gaji dan elaun, diberi tempat kediaman dan rekreasi, mendapat rawatan kesihatan dan khidmat sokongan yang sempurna, dihantar menjalani latihan kemahiran dan pengkhususan, anak-anak dan isteri mendapat perhatian dan kebajikan daripada pihak yang berwajib, mendapat waran tiket perjalanan untuk pulang bercuti beberapa kali setahun, dan akhirnya apabila sampai umur bersara mereka akan dapat pencen atau imbuhan tamat perkhidmatan. Seorang tentera mungkin tidak pernah merasai pengalaman berperang sepanjang tempoh berkhidmat tetapi dia tetap dibayar gaji penuh oleh kerajaan. Ini kerana pembabitannya adalah dikira sebagai menjaga kepentingan strategik negara yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit walaupun tarikan seseorang memasuki bidang ketenteraan adalah untuk mendapat gaji demi menyara keluarga dan anak isteri.

Pendapatan Seorang petani pula yang bertungkus lumus di sawah, berjemur panas sehingga kulit menggerutu, berendam dalam lumpur hingga berkarat kuku, berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu, makan dan rehat sekadar perlu, memakai pakaian lusuh hampir setiap waktu, namun pendapatan daripada hasil pertanian yang diperolehi pada akhir musim hanya cukup untuk membayar hutang pendahuluan atau menebus gadaian. Jika diri mereka atau anak isteri jatuh sakit mereka hanya layak mendapat layanan kelas tiga di hospital kerajaan atau menjalani rawatan tradisional sekadar untuk menahan sakit. Tidak ada istilah bersara, tidak ada pencen dan imbuhan perkhidmatan, tidak ada pembelaan dan kebajikan, dan tidak ada pihak yang bertanggungjawab mengambil berat tentang masalah dan kesulitan mereka. Petani hanyalah dianggap sebagai 'kelas hamba' dalam masyarakat untuk menyediakan pemakanan negara; tetapi mereka tidak pernah dianggap sepenting anggota tentera yang menjaga keselamatan negara.

Petani di negara maju, terutamanya yang terlibat dalam penghasilan makanan ruji, mendapat perhatian istimewa kerajaan kerana seluruh rakyat menghargai sumbangan besar petani terhadap kepentingan strategik negara.
Di Jepun umpamanya, petani yang menghasilkan padi dibayar imbuhan yang lumayan dalam bentuk subsidi pertanian sehingga empat kali ganda nilai hasil yang berjaya dikeluarkan. Ini bermakna jika petani menjual hasil tuaian mereka dalam pasaran dengan harga RM1,000, kerajaan membayar subsidi tambahan sebanyak RM4,000 sebagai imbuhan penghargaan ke atas usaha mereka menghasilkan makanan ruji negara. RM4,000 adalah belanja hangus yang kerajaan keluarkan untuk memberi dorongan kepada para petani supaya terus bertungkus lumus menghasilkan makanan asas rakyat.
Tambahan insentif 400 peratus yang diberi kepada petani tidak diambil kira oleh kerajaan untuk menentukan harga beras dalam pasaran negara. Ini adalah bayaran penghargaan kerana penglibatan para petani dalam menjaga kepentingan negara.
Rakyat tidak sepatutnya merasa cemburu atau merungut melihat petani menikmati hidup yang selesa atau mereka diberi perhatian istimewa oleh kerajaan. Kalau kerajaan mengambil pendekatan yang begini terhadap petani, barulah nampak jelas bahawa bidang pertanian dan pemakanan sangat penting kedudukannya dalam menyumbang kepada kepentingan strategik negara.
Di Amerika Syarikat pula selain insentif dan subsidi pertanian yang diberikan kepada para petani, tanah-tanah pertanian mendapat perhatian dan perlindungan khusus daripada kerajaan terutamanya dalam mempertahankan keluasan kawasan dan menjaga kesuburan tanah-tanah pertanian. Misalnya terdapat undang-undang negara itu yang melarang penggunaan racun-racun tertentu dan mengehadkan tempoh penggunaan tanah pertanian supaya sesetengah kawasan dapat direhatkan untuk tempoh tertentu bagi proses baik pulih kesuburan secara semula jadi sehingga dilihat seolah-olah tanah pertanian menjadi kawasan yang terbiar. Petani-petani akan mendapat bayaran pampasan dari kerajaan untuk menyara kehidupan mereka semasa tanah mereka terlibat dalam program pemulihan kesuburan.
SediaKerajaan mesti bersedia berbelanja besar untuk memberi imbuhan dan insentif kepada para petani, menyediakan latihan untuk meningkat kemahiran dan kecekapan mereka, membeli peralatan canggih yang diperlukan dalam perusahaan pertanian, menyediakan pembangunan prasarana, memperuntukkan perbelanjaan selenggaraan alatan dan prasarana pertanian, menambah kawasan pertanian sebagai aset strategik negara dan mempertahankan status tanah pertanian daripada ditukar kepada kegunaan lain. Kerajaan juga mesti mengambil peranan langsung dalam mengawal penghasilan dan menentukan penyimpanan stok makanan sentiasa mencukupi untuk berhadapan dengan apa saja kemungkinan sama ada perubahan cuaca atau konflik serantau yang boleh menjejaskan pengeluaran makanan asas negara. Bahkan adalah amat tidak wajar pengurusan penyimpanan dan pengedaran makanan asas negara diswastakan kerana bidang ini berkait terus dengan keselamatan dan kestabilan sesebuah negara. Kementerian pertahanan dan pertanian adalah sama penting bagi sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka; oleh itu peruntukan dan perbelanjaan tahunan bagi kedua-dua kementerian ini mestilah mencerminkan status kementerian-kementerian tersebut sebagai penjaga kepentingan strategik negara. Dua aset utama pertanian iaitu pekerja pertanian dan kawasan tanaman hendaklah diberi perhatian khusus oleh kerajaan dari segi kebajikan dan kawalan sama seperti perhatian yang diberikan kepada anggota tentera dan kem-kem pertahanan negara

Maklumat Bermanfaat 3


Kaedah Perubatan Rasulullah saw
Oleh Imam Jalaluddin As Suyuti


Madu

Imam Al Bukhari telah mengkategorikan madu sebagai ubat. Allah swt,
“ ..dari perut lebah itu keluar minumam (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..” 16-69

Daripada Abu Said, satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari bahawa beberapa orang dating bertemu Rasulullah saw dan mengadu, “sesungguhnya perut adikku sakit.” Maka Rasulullah saw bersabda,” berikan dia minum madu.” Maka lelaki tersebut pun beredar dan pergi. Sekali lagi dia datang dan berkata, “ aku telah berikannya madu tetapi dia masih belum sembuh.” Rasulullah saw memberikan nasihat yang sama. Kejadian yang sama berlaku sebanyak dua kali. Pada kejadian ketiga dan keempat, Rasulullah saw bersabda, “Allah yang Maha Benar dan perut adikmu yang telah menipu.” Lalu lelaki itu memberi adiknya madu untuk dimakan sekali lagi, kemudian adiknya sembuh.

Imam Muslim telah menukilkan, “sesungguhnya adikku merasa loya dan mual, penghadamannya tidak betul, perutnya sakit dan rasa loyanya sentiasa meresahkannya. Maka perkataan ‘perut adik kamu telah menipu’ menunjukkan bahawa tidak mencukupi dengan hanya makan madu hanya sekali atau dua kali kerana penyakit cirit-birit lelaki itu sedang menyerang. Maka rasulullah saw menyuruh memakan lebih banyak madu kerana adalah menjadi sifat madu itu sendiri untuk menyingkirkan apa-apa yang tertinggal daripada apa-apa yang terkumpul di dalam perut dan di dalam usus.

Terdapat satu punca lain bagi penyakit cirit-birit dan ia terjadi apabila lender melekat pada usus besar dan mengganggu porses penyerapan. Penyakit ini dikenali sebagai ‘cirit-birit licin’ dan madu boleh menyingkirkan lembapan berlebihan tersebut dan memaksa lender keluar dan menyingkirkannya kebawah. Jika selepas dos pertama dan kedua, penyakit masih lagi tidak berkurangan, teruskan menggunakan madu sebaiknya dicampur dengan air panas.

Kebanyakkan pakar perubatan bersetuju dengan cara ini dan inilah sebab mengapa mereka mengatakan bahawa tubuh perlu dipaksa menjalani pembersihan perut dengan cara ini.

Al Qadi Ayyad berkata, ‘apabila Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah swt yang benar dan perut adik kamu yang menipu, Baginda saw sebenarnya merujuk kepada firman Allah swt, ‘di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia.’ Dan inilah juga sependapat seperti pandangan Ibn Masu’d, Ibn Abbas dan Hassan.
Ibnu Majah dalam meriwayatkan hadis yang terkenal daripada Abu Hurairah ra, ‘sesiapa yang makan madu tiga kali dalam sebulan, dia tidak akan mendapat apa-apa bencana yang besar.’

Rasulullah saw bersabda, “kamu mempunyai 2 ubat, madu dan Al Quran.”

Aishah pernah berkata, “Rasulullah saw amat suka memakan madu.” Pada riwayat yang lain juga, Aishah berkata lagi, “Rasulullah saw sangat suka memakan makanan yang manis dan madu.” Oleh Bukhari dan Muslim

Madu bersifat panas dan kering. Madu yang terbaik ialah madu yang dihasilkan pada musim bunga, diikuti dengan madu musim panas dan akhir sekali madu musim sejuk.

Semua ahli perubatan bersetuju bahawa madu adalah penyembuh terbaik bagi manusia kerana ia mengandungi kedua-dua sifat pembersih dan tonik, dan juga merupakan makanan yang terbaik. Ia juga boleh menguatkan perut dan merangsang selera makan.

Madu amat baik untuk orang tua dan yang menderitai penyakit banyak lender. Ia mengurangkan ketegangan tubuh badan. Jika termakan cndawan beracun makanlah madu dengan air panas. Madu juga boleh mengawet daging segar agar boleh bertahan sehingga tiga bulan.

Kutu pada badan dapat dihapuskan dengan melumuri badan dengan madu. Ia melembutkan rambut, menjadikannta tumbuh lebih cepat dan lebih cantik. Madu boleh digunakan untuk menambahkan daya penglihatan. Jika Madu digunakan sebagai pembasuh mulut, ia akan menguatkan gusi dan memutihkan gigi. Ia merupakan makanan kepada segala makanan, minuman kepada segala minuman dan ubat kepada segala ubat.

Makanan manis dan kek yang menggunakan madu akan mengekalkan kualitinya. Madu boleh menyerng hempedu tetapi kes ini dapat diatas dengan kebaikannya dengan memakan bersama cuka. Menjilat madu semasa perut kosong boleh menghilangkan selera makan dan melancarkan mana-mana saluran yang tersekat pada hati, buah pinggang dan pundi kencing.

Abdul Latif berkata, “dalam merawat pelbagai penyakit, madu adalah lebih baik daripada gula sebab ia adalah pencuci, pelarut, pemecah dan pembersih. Semua sifat-sifat ini kurang didapati pada gula. Didalam perut, gulalebih merehatkan berbanding madu. Gula lebih baik dalam 2 aspek, ia tidak terlalu manis dan tidak terlalu kuat.

Rasulullah saw biasanya meminum secawan madu dan air ketikaperut kosong setiap hari. Ini amat baik dilakukan untuk mengekalkan kesihatan seseorang.

Ketika Rasulullah saw bersabda, “kamu mempunyai dua ubat madu dan Al Quran.” Baginda sebenarnya menggabungkan kedua-dua ubat duniawi dan rohani, unsure semulajadi dan rohani, penawar jasad dan roh, hokum dunia dan akhirat. Sesungguhnya seseorang itu tidak hanya boleh berpuas hati dengan al Quran sahaja dan meninggalkan usaha sepenuhnya. Dia hendaklah melaksanakan apa yang telah diperintahkan dan bekerja untuk keperluannya setiap hari menurut apa yang telah ditetapkan kepadanya. Dalam masa yang sama, dia hendaklah memohon keampunan daripada Allah dan kejayaan dalam apa yang dilakukannya seperti para petani membajak tanah dan menanam benih. Seterusnya memohon kepada Allah untuk menjauhkan segala yang boleh merosakkan dan untuk menurunkan hujan. Kemudian dia hendaklah menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Ada juga ulama menegaskan maksud hadis Nabi saw, “kamu mempunyai 2 ubat, madu dan AL Quran.” Iaitu madu ada dua penawar, penawar kepada penyakit dan penawar kepada bencana, seperti juga dua penawar daripada al Quran, penawar kepada halangan daripada keraguan dan penawar kepada kesusahan.


Wallahua’alam

Project Progress at this time..


pokok jutawan/gaharu/depu..







napier..








bebiri..


doakanlah utk kami sebagai doa utk sahabat seperjuangan demi memartabatkan kerja mulia dan mencari rezeki yg halal lagi berkat..dengan usaha titik peluh dan belajar meningkat keyakinan tawakal seperti para petani..projek yg sedang berjalan...ternakan bebiri, tanaman rumput dan gaharu..dan akan datang..ternakan kambing.. Ya Allah








GAHARU/POKOK JUTAWAN




sekarang juga tgh diusahakan tanaman gaharu atau depu type SUBINTEGRA..20 pokok dah ditanam..orangkata pokok ini pokok jutawan..begitulah hendaknya..insyaAllah..pusingan 1 tanam dah sampai 1 minggu yg lalu..hari ni tanam 5 pokok lagi

MANDI











kena mandi biri-biri jantan nie..ha..baru wangi..pekena lak dengan syampo yg macamn tv tu..tengok muka dia pun berseri-seri kan?? sejuk ke?

KANDANG BARU




adik ipar dan ayah mertuaku sedang bertungkus lumus membina kandang baru bagi menampung kemasukan ahli baru..biri-biri dan insyaAllah kambing pun akan turut serta..aminnnnn..belanja inipun dah hampir mencecah RM 1 ribu..belum masuk dengan kayu kayan..papan dll..buat sikit-sikit..sambil kumpul duit..perlahan-lahan tapi konsisten dan istiqamah...aku pulang ke kampung baru-baru ni ..kenalah tolong sikit buat kerja binaan..letihhhh..angkat kayu 20 kaki ukuran 2x4 inci tu..beratttt

4i

NAPIER




rumput napier yg ditanam sebulan yg lalu..kini dah mencecah 1 meter lebih...2-3 bulan lagi bolehlah dituai..

MAKANAN BIRI-BIRI




balik ku ke kampung 3 hari lepas, fuohh letihh.. tlg adik ipar dan bapa mertua ku ambik rumput di hutan berdekatan dengan rumah..rumput renek bermacam-macam yg diminati biri-biri..seperti rumput purun..kena ambil dalam 8 guni..boleh lah bertahan utk 3-4 hari..

KURSUS BICARATANI


kursus BICARA TANI ANJURAN MOA utk DAERAH GOMBAK..hadirku disana sedikit sebanyak dapat pendedahan baru dan pandangan dari pelbagai pihak ttg selok-belok pertanian dan perternakan..dapat dengar PENGALAMAN DAN TUNJUK AJAR daripada usahawan yg dah berjaya spt daripada SG BOLUH FARM dan NORIANI COOKIES.

BARBADOS




nak ambil pulak biri-biri BARBADOS, kawan offer..bolehlah BARBADOS ni dikacukkan dengan biri-biri aku yg ada dikandang tu..barulah benar-benar jadi komersial..