Tazkirah Ringkas


Perasaan Marah

Marah, diantara 10 penyakit batin yang mesti dijauhi yang dipesan oleh Imam Ghazali kepada setiap Mukmin. walaupun marah merupakan sifat fitrah dalam setiap diri manusia namun Islam amat menekankan kepada Mukmin agar mengawal sifat marah. kerana marah itu daripada syaitan, syaitan daripada api, api itu panas dan sejukkan diri anda dengan air. Nabi saw bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra apabila Baginda saw didatangi oleh Abu Darda ra yg meminta Nabi saw menasihati beliau, Baginda saw berkata, " Jangan marah ". Baginda saw mengulangi beberapa kali.

selama ini kita menyangka orang yang gagah adalah orang yang berani memarahi orang lain, tetapi sebenarnya orang yang berjaya mengawal marahnya adalah mereka yang gagah, itulah pesanan Nabi saw dalam hadis. " tidaklah dikatakan mereka yang gagah itu adalah mereka yang menumbangkan lawannya dalam perlawanan, tetapi mereka yang gagah itu adalah mereka yang boleh mengawal nafsunya apabila marah."

berkata ulama, terdapat 4 jenis manusia yang marah, 3 daripadanya tidak baik dan 1 sahaja yang baik utk diikuti.
1. orang yang cepat marah ttp cepat baik (golongan ini agak bagus kerana cepat baik marahnya ttp kurang dari sudut kerana cepat pemarah)
2. orang yang lambat marah ttp bila dah marah lambat baik. (kategori ini pun buruk juga, kerana lambat baik daripada marahnya)
3. orang yang cepat marah, lambat baik (ini kategori yang paling buruk akhlak)
4. orang yang lambat marah, cepat baik (ini golongan paling baik)

Meredakan kemarahan
oleh itu, para ulama kita menyarankan apabila kita marah dalam keadaan berdiri, hendaklah kita duduk, sekiranya belum hilang lagi kemarahan kita dlm keadaan duduk, hendaklah kita berbaring, sekiranya belum juga memberi kesan, hendaklah kita berwuduk. ataupun kita beredar dari tempat dimana kita marah ke tempat yang lain.

jadi, marilah kita kawal marah kita.

No comments: