MLM Syariah Pertama di Malaysia


Pada hari Maulid Rasul saw baru ini, HPA telah menganjurkan Seminar MLM Syariah sekaligus melancarkan MLM HPA Syariah yang pertama setarafnya di Malaysia. Peristiwa bersejarah ini meletakkan HPA satu-satunya syarikat MLM yang benar-benar menepati kehendak Syarak.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA sendiri, Tn Hj Ismail Ahmad yang menegaskan bahawa sebanyak 3000 syarikat MLM di Malaysia, belum ada yang benar-benar menepati kehendak Islam.

Usaha menSyari'ekan MLM HPA ini bukan hanya semata-mata untuk menepati kehendak Fiqh Muamalat Islam tetapi bertujuan mendapat keberkatan dan keredhoan dalam perniagaan yang sebenarnya adalah unsur terpenting dalam kehidupan.

Mudahan usaha murni ini menjadi perintis kepada MLM lain di Malaysia.

No comments: