SOLD..


hari ni..terjual bebiri sekor..yang jantan bertanduk ke bawah tuuu..sedih juge..tp masa yg sama syukur Alhamdulillah kerana membantu kawan Muslim menyempurnakan hajatnya melakukan ibadah dengan sembelihan Akikah utk cucunya..

saya teringat orang lama dalam industri ternakan ni pernah memberi pesanan kepadaku sebelum aku menjenjaki bidang ni dahulu..beliau mengingatkan aku bahawa ternakan yang kita usahakan ini sebenarnya adalah fitrahnya yang ditentukan Allah utk berkhidmat kepada manusia samada berbentuk perkhidmatan mahupun utk makanan. sekiranya kita cuba mengalihkan matlamat utama ini maka kita telah menghalang satu fitrah dan tabiat alam ini yang Allah tentukan. maka akibatnya mungkin kita kurang keberkatan dalam usaha kita. seperti apabila orang berkehendakkan ternakan kita utk akikah ataupun yang lain ttp kita tidak berusaha utk menunaikan hajatnya kerana kesian, sayang kepada ternakan.
beliau menambah lagi dengan menceritakan satu kisah yang benar yang pernah berlaku, apabila seorang penternak yang tidak pernah mahu menjual ternakannya apabila diminta utk akikah mahupun korban walaupun dia berkemampuan utk menjualnya. satu hari ternakannya itu diserang oleh harimau dimana ternakannya mati kesemuanya, dan apabila disiasat dan dilihat puncanya, semua ternakan itu mati bukan kerana dibaham utk dimakan oleh harimau itu ttp dibaham seolah-olah sekadar dimatikan dan dibunuh oleh harimau kerana semua ternakan yang mati itu hanya luka dibahagian leher sahaja.

sekadar pengajaran petua atau pengalaman utk iktibar semua..

No comments: