Usul Kenaikan Minyak..mengejutkan..

semalam 23 jun 08..129 wakil-waki rakyat kerajaan menyokong usul kenaikan minyak di parlimen setelah kenaikan harga minyak diumumkan oleh PM..tindakan yg mengejutkan ini disebabkan beberapa perkara

1. kenapakah usul ini dibawa di parlimen sedangkan kenaikan harga minyak telah pun diumumkan oleh PM dan dilaksanakan?

2. perkara kedua yg mengejutkan ialah adakah wakil yg menyokong usul ini tidak menyedari keperitan rakyat kebanyakkan atas kenaikan harga minyak ini dan menutup mata dan telinga mereka. marilah turun dan lihat di pasar-pasar, kedai-kedai, nelayan, petani, penternak, dll. MARILAH TURUN DAN LIHAT KAMI INI...

3. adakah sokongan wakil-wakil rakyat ini cubaan menghalalkan tindakan melulu mereka atas kenaikan ini lalu seolah-olah mahu ditunjukkan kepada rakyat Msia bahawa sokongan majoriti wakil-wakil rakyat kerajaan di parlimen ini merupakan seolah-olahnya suara majoriti rakyat seluruhnya dan tanpa memperdulikan kepayahan dan kesusahan rakyat mustadafin dan marhein yg merupakan majoriti rakyat didalam negara kita yg ratanya berpendapatan RM1500 kebawah.

walaubagaimanapun kita seharusnya berterimakasih kepada wakil-wakil rakyat PR yg membantah sokongan terhadap usul ini sekalipun mereka gagal dalam undian mereka. ini menunjukkan wakil-wakil ini amat prihatin terhadap rakyat bawahan yg ratanya mengharapkan suara dan jeritan kesengsaraan mereka juga berkumandang di dengari oleh semua pemimpin dalam negara dan rakyat umumnya. TERIMA KASIH DARIPADA KAMI RAKYAT MARHEIN

No comments: