Kenaikan Minyak...


Semalam kerajaan mengumumkan penyusunan semula subsidi minyak..(nampak mcm tak tersusun pun)..pengumuman yg pasti mengemparkan semua rakyat yg mana sebelum ini ada pemimpin kerajaan mengatakan tiada kenaikan harga minyak dalam tahun ini, kemudian kata pulak dalam bulan ogos, tp ntah-ntah pengumuman mengejut semalam dibuat oleh PM.. naikkan harga petrol dan diesel 41%.. tu dia aihhh..kenaikan baru ini pastinya akan memberi kesan dalam semua aspek kehidupan dan urusan rakyat kita di malaysia ini..terutama macam saya dan kekwan ddalam bidang pertanian dan penternakan..saya yakin bebrapa hari lagi kenaikan ini turut tempias kepada bahan-bahan keperluan pertanian dan penternakan..spt dedak, transpot, harga daging kambing dll..nampaknya bertambah perit la usaha kita yg sekarang pun sekadar bertahan inikan pula dgn kenaikan harga petrol dan diesel ni..mcm-mcm wajib berlaku. macm aku ni ..terlibatnya aku di bidang penternakan ini selain daripada minat adlh utk menambahkan pendapatan sampingan..tapi nampak gayanya jadi menambahkan perbelanjaan sampingan ler..


saya ada terbaca email yg dihantar kepada saya berkaitan teori kenaikan harga minyak ni.. lihat teori ni..


harga petrol diumumkan sebagai 2.70, harga yg diarahkan kpd syarikat minyak adalah 2.704.Maknanya kalau anda isi 10 liter, harganya adalah 27.04, dengan tiadanya transaksi 1 sen, harga 10 liter adalah 27.05.Kalau anda isi 20 liter, harganya 54.08, dibundarkan, 54.10. Tapi kalau 30 liter 81.12, jadi 81.10.


apapun..kenaikan harga myk ni membebankan kami rakyat


wallahua'alam

No comments: