Maklumat Bermanfaat 3


Kaedah Perubatan Rasulullah saw
Oleh Imam Jalaluddin As Suyuti


Madu

Imam Al Bukhari telah mengkategorikan madu sebagai ubat. Allah swt,
“ ..dari perut lebah itu keluar minumam (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..” 16-69

Daripada Abu Said, satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari bahawa beberapa orang dating bertemu Rasulullah saw dan mengadu, “sesungguhnya perut adikku sakit.” Maka Rasulullah saw bersabda,” berikan dia minum madu.” Maka lelaki tersebut pun beredar dan pergi. Sekali lagi dia datang dan berkata, “ aku telah berikannya madu tetapi dia masih belum sembuh.” Rasulullah saw memberikan nasihat yang sama. Kejadian yang sama berlaku sebanyak dua kali. Pada kejadian ketiga dan keempat, Rasulullah saw bersabda, “Allah yang Maha Benar dan perut adikmu yang telah menipu.” Lalu lelaki itu memberi adiknya madu untuk dimakan sekali lagi, kemudian adiknya sembuh.

Imam Muslim telah menukilkan, “sesungguhnya adikku merasa loya dan mual, penghadamannya tidak betul, perutnya sakit dan rasa loyanya sentiasa meresahkannya. Maka perkataan ‘perut adik kamu telah menipu’ menunjukkan bahawa tidak mencukupi dengan hanya makan madu hanya sekali atau dua kali kerana penyakit cirit-birit lelaki itu sedang menyerang. Maka rasulullah saw menyuruh memakan lebih banyak madu kerana adalah menjadi sifat madu itu sendiri untuk menyingkirkan apa-apa yang tertinggal daripada apa-apa yang terkumpul di dalam perut dan di dalam usus.

Terdapat satu punca lain bagi penyakit cirit-birit dan ia terjadi apabila lender melekat pada usus besar dan mengganggu porses penyerapan. Penyakit ini dikenali sebagai ‘cirit-birit licin’ dan madu boleh menyingkirkan lembapan berlebihan tersebut dan memaksa lender keluar dan menyingkirkannya kebawah. Jika selepas dos pertama dan kedua, penyakit masih lagi tidak berkurangan, teruskan menggunakan madu sebaiknya dicampur dengan air panas.

Kebanyakkan pakar perubatan bersetuju dengan cara ini dan inilah sebab mengapa mereka mengatakan bahawa tubuh perlu dipaksa menjalani pembersihan perut dengan cara ini.

Al Qadi Ayyad berkata, ‘apabila Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah swt yang benar dan perut adik kamu yang menipu, Baginda saw sebenarnya merujuk kepada firman Allah swt, ‘di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia.’ Dan inilah juga sependapat seperti pandangan Ibn Masu’d, Ibn Abbas dan Hassan.
Ibnu Majah dalam meriwayatkan hadis yang terkenal daripada Abu Hurairah ra, ‘sesiapa yang makan madu tiga kali dalam sebulan, dia tidak akan mendapat apa-apa bencana yang besar.’

Rasulullah saw bersabda, “kamu mempunyai 2 ubat, madu dan Al Quran.”

Aishah pernah berkata, “Rasulullah saw amat suka memakan madu.” Pada riwayat yang lain juga, Aishah berkata lagi, “Rasulullah saw sangat suka memakan makanan yang manis dan madu.” Oleh Bukhari dan Muslim

Madu bersifat panas dan kering. Madu yang terbaik ialah madu yang dihasilkan pada musim bunga, diikuti dengan madu musim panas dan akhir sekali madu musim sejuk.

Semua ahli perubatan bersetuju bahawa madu adalah penyembuh terbaik bagi manusia kerana ia mengandungi kedua-dua sifat pembersih dan tonik, dan juga merupakan makanan yang terbaik. Ia juga boleh menguatkan perut dan merangsang selera makan.

Madu amat baik untuk orang tua dan yang menderitai penyakit banyak lender. Ia mengurangkan ketegangan tubuh badan. Jika termakan cndawan beracun makanlah madu dengan air panas. Madu juga boleh mengawet daging segar agar boleh bertahan sehingga tiga bulan.

Kutu pada badan dapat dihapuskan dengan melumuri badan dengan madu. Ia melembutkan rambut, menjadikannta tumbuh lebih cepat dan lebih cantik. Madu boleh digunakan untuk menambahkan daya penglihatan. Jika Madu digunakan sebagai pembasuh mulut, ia akan menguatkan gusi dan memutihkan gigi. Ia merupakan makanan kepada segala makanan, minuman kepada segala minuman dan ubat kepada segala ubat.

Makanan manis dan kek yang menggunakan madu akan mengekalkan kualitinya. Madu boleh menyerng hempedu tetapi kes ini dapat diatas dengan kebaikannya dengan memakan bersama cuka. Menjilat madu semasa perut kosong boleh menghilangkan selera makan dan melancarkan mana-mana saluran yang tersekat pada hati, buah pinggang dan pundi kencing.

Abdul Latif berkata, “dalam merawat pelbagai penyakit, madu adalah lebih baik daripada gula sebab ia adalah pencuci, pelarut, pemecah dan pembersih. Semua sifat-sifat ini kurang didapati pada gula. Didalam perut, gulalebih merehatkan berbanding madu. Gula lebih baik dalam 2 aspek, ia tidak terlalu manis dan tidak terlalu kuat.

Rasulullah saw biasanya meminum secawan madu dan air ketikaperut kosong setiap hari. Ini amat baik dilakukan untuk mengekalkan kesihatan seseorang.

Ketika Rasulullah saw bersabda, “kamu mempunyai dua ubat madu dan Al Quran.” Baginda sebenarnya menggabungkan kedua-dua ubat duniawi dan rohani, unsure semulajadi dan rohani, penawar jasad dan roh, hokum dunia dan akhirat. Sesungguhnya seseorang itu tidak hanya boleh berpuas hati dengan al Quran sahaja dan meninggalkan usaha sepenuhnya. Dia hendaklah melaksanakan apa yang telah diperintahkan dan bekerja untuk keperluannya setiap hari menurut apa yang telah ditetapkan kepadanya. Dalam masa yang sama, dia hendaklah memohon keampunan daripada Allah dan kejayaan dalam apa yang dilakukannya seperti para petani membajak tanah dan menanam benih. Seterusnya memohon kepada Allah untuk menjauhkan segala yang boleh merosakkan dan untuk menurunkan hujan. Kemudian dia hendaklah menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Ada juga ulama menegaskan maksud hadis Nabi saw, “kamu mempunyai 2 ubat, madu dan AL Quran.” Iaitu madu ada dua penawar, penawar kepada penyakit dan penawar kepada bencana, seperti juga dua penawar daripada al Quran, penawar kepada halangan daripada keraguan dan penawar kepada kesusahan.


Wallahua’alam

No comments: