Maklumat Kesihatan dan Bermanfaat


Amalan Perubatan
Petikan daripada Kitab Imam Jalaluddin Abd Rahman As Suyuti

Makanan


Makanan hanya akan diambil apabila diperlukan untuk mengekalkan kesihatan. Tanda-tanda makanan diperlukan adalah seperti pertambahan deria bau, kurang air liur dalam mulut, iar kencing sangat kuning dan kuat baunya dan rasa lapar. Keadaan-keadaan sebaliknya menandakan bahawa tubuh masih tidak memerlukan makanan.

Badan pula akan menjadi lemah dan kering serta membakar juzuknya jika tidak mengambil makanan untuk jangkamasa yang lama. Begitu juga, mengambil makanan pada ketika tidak diperlukan akan menyebabkan bodoh dan malas serta menyebabkan penyakit.

Al muwaffiz abd Latif pernah berkata: “ Adat orang India semasa hendak makan, mereka akan mandi atau menukar baju bersih dahulu kemudian memaikai seidikit wangian, duduk diam dan menahan diri daripada melakukan hubungan seks. Setelah itu barulah mereka memulakan makan.”

Seseorangn itu perlu makan makanan sejuk pada musim panas dan makanan panas pada musim sejuk. Makan dengan berterusan adalah memudaratkan. Begitu juga dengan bersenam selepas makan. Langkah terbaik adalah bersenam sebelum makan. Makanan panas perlu diseimbangkan dengan makanan sejuk, masam dengan manis, lemak dengan garam asid dengan lemak. Mengambil berbagai-bagai jenis makanan akan merangsangkan juzuk tubuh. Mengambil makanan yang sama berturut-turut dan makan dengan cepat menyebabkan hilang selera dan malas. Makanan yang sangat masam akan mempercepatkan usia tua. Makanan manis sering mengurangkan nafsu seks dan tubuh akan berasa seakan-akan demam. Makanan yang masin akan mengeringkan dan merosakkan tubuh.

Berhenti makan sebelum kenyang adalah langkah yang elok tetapi kerap menahan diri daripada mengambil makan menjadikan tubuh lemah dan kurus. Menahan diri daripada makan semasa sihatdalah serupa dengan mengambil pelbagai jenis makanan pada ketika sedang sakit. Sentiasa pilih makanan yang terbaik. Jika telah biasa mengambil makanan yang tidak baik, hendaklah cuba elakkanya secara beransur-ansur. Hendalkah juga menjauhkan diri daripada mengambil makanan yang akan menapai di dalam perut seperti buah-buahan yang terlampau masam.

Amalam menyapu bersih pinggan selepas makan dapat membantu penghadaman dan meningkatkan keinginan seks. Rasulullah saw menjilat jarinya tiga kali setiap kali selepas makan. Baginda saw sering berkata, “ menyapu pinggan hingga bersih adalah umpama memohon keampunan Allah.”

Rasulullah saw menegah daripada mengambil makanan berikut secara bersama, susu dan ikan, cuka dan susu, salad dan susu, bawang putih dan bawang merah, buah-buahan dan susu, daging kering dan daging basah, makanan masam dan makanan berasid, cuka dan nasi, anggur dan terung, delima dan pudding daging, dua hidangan sejuk, dua hidangan panas atau dua hidangan yang akan menyebabkan angin.

Seelok-eloknya elakkan daripada memakan cuka dan lemak, keju dan juga daging panggang jika bekasnya diperbuat daripada tembaga. Elakkan juga makanan yang panas yang dibungkus dengan roti atau seumpamanya.

Jauhkan daripada mengambil makanan atau minuman yang tidak bertutup kerana ditakuti sesuatu yang berbisa dan membawa maut. Rasulullah saw menyeru, “ tutuplah bekas makanan dan botol minuman kamu kerna sesungguhnya terdapat satu malam dalam setahun dimana wabak penyakit akan diturunkan dan mana-mana yang tidak tertutup tidak akan terlepas daripadanya.” Kebanyakkan pakar perubatan moden bersetuju dengan hadis Rasulullah saw ini.

Sesiapa yang memakan bawang merah selama 40 hari akan keluar jeragat dimukanya. Sesiapa yang bertubuh sederhana dan makan garam akan dijangkiti penyakit kulit. Sesiapa yang makan ikan bersama telur akan menjadi lumpuh. Sesiapa yang makan sehingga kenyang dan terus mandi dengan air panas akan menjadi lumpuh.

Anas ra telah meriwayatkan bahawa rasulullah saw telah bersabda , “ punca kepada segala penyakit ialah kesejukkan.”

Adalah amat sukar bagi manusia untuk menahan diri daripada makan dengan banyak apa-apa makanan yang disukai dan makanan yang menyelerakan. Rasulullah saw bersabda, “ tidak ada bekas lain yang diisi penuh oleh kaum Adam selain daripada perut mereka. Hendaklah kamu makan sekadar beberapa suap untuk menguatkan badan. Seeloknya satu pertiga perut diisi dengan makanan, satu pertiga lagi untuk air dan satu pertiga lagi untuk pernafasan.”

No comments: