Maklumat Kesihatan dan Manfaat (sambungan)


Petikan Kaedah Perubatan Rasulullah saw
Oleh Imam Jalaluddin As Suyuti.
(bahagian II)


Minuman

Jangan minum air sebaik selepas makan ataupun semasa perut kosong. Sesiapa minum air telaga makanannya dapat dihadamkan dengan baik. Elakkan daripada minum air yang sangat sejuk kerana ia memudaratkan organ-organ pernafasan lebih-lebih lagi selepas mengambil makanan panas atau manis ataupun selepas mandi air panas atau selepas melakukan hubungan kelamin. Jangan campur air telaga dengan air sungai.

Jangan minum semua air dalam satu teguk kerana ia boleh mengakibatkan penyakit al- Kabar. Al Baihaqi menerangkan maksud al-Kabar, ‘sakit pada hati’ dan satu teguk bermaksud meneguk dengan banyak. Anas meriwayatkan Rasulullah saw akan menarika nafas tiga kali iaitu sekali bagi setiap hirup dan mengatakan bahawa dengan cara ini ia lebih menghilangkan dahaga, lebih dan puas. Anas ra menambah, “ aku juga menarik nafas tiga kali dengan cara yang sama.” Hadis riwayat Muslim.

Abu Nuaim juga meriwayatkan hadis yang menyatakan setiap kali Rasulullah saw minum, baginda akan berhenti tiga kali untuk menarik nafas, menyebut nama Allah semasa mula minum dan memujinya semasa berhenti. Menurut hadis ini menunjukkan minum dan berhenti sebentar dengan menarik nafas tiga kali dan mengalihkan mulut dari bekas.

Rasulullah saw melarang menghembus nafas ke dalam bekas iaitu bermaksud jangan minum dan bernafas tanpa mengalihkan mulut dari bekas kerana mungkin terdapat titisan air liur yang masuk ke dalam bekas. Ini boleh menyebabkan bekas tersebut tercemar.

Satu cara yang terbaik ialah menetapkan kadar minum air. Ini kerana kadang-kala kita perlu minum air yang banyak disebabkan terlalu dahaga. Tetapi kita tidak pasti kekerapan minum air untuk menyejukkan badan.

Kebaikan dan faedah menarik nafas ketika minum ialah semasa menelan, nafas terhenti dan pada masa itu air dan udara amat diperlukan. Jika seseorang menarik nafas sambil tersedut setitis air ke saluran pernafasan, dia akan terbatuk dan tersedak. Jika dia berhenti minum untuk menarik nafas perkara ini tidak akan berlaku.

Anas ra berkata, “Rasulullah saw melarang umatnya minum sambil berdiri.” Akan tetapi sebahagian ulama mengatakan bahawa ini adalah untuk menghilangkan dahaga dan untuk menghadkannya. Saidina Umar,Uthman dan Ali serta ramai ulama lagi membenarkan minum sambil berdiri. Rasulullah saw juga pernah minum sambil berdiri.

Rasulullah saw juga melarang minum daripada botol yang kecil mulutnya kerana si peminum tidak dapat melihat apa yang masuk kedalam mulutnya.

Ibnu Majah berkata, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw minum air dari bekas yang dituang ke dalam cawan.

Al Muwaqqaf Abd Latif berkata, “cara terbaik untuk minum adalah dengan menggunakan bekas kaca. Orang India mengamalkannya. Raja-raja mereka suka minum dari gelas kaca daripada bekas perak atau delima kerana ia bersih dan kelihatan baru selepas dicuci. Kekotoran mudah dilihat dan racun mudah dikesan jika dimasukkan kedalam air. Inilah cara terbaik yang menjadi pilihan raja-raja di India.

Wallahua’lam







No comments: