Kawasan Ragut..




tempat ternakan kambing dan bebiri berpesta makan dan meragut..

Bekerja di Kandang...


diantara tugas yang mesti ditempuhi oleh para penternak ialah membersihkan kandang yang merupakan antara elemen penting bagi memastikan keadaan ternakan sihat dan produktif,..najis kambing yang jatuh dibawah kandang mestilah dipastikan dibersihkan dan disapu agar bahan serta bauan yang kurang menyenangkan daripada campuran najis dan air kencing kambing tidak menjejaskan situasi ketenangan ternakan..sebagaimana diketahui bahawa najis dan campurannya dengan air kencing kambing itu menghasilkan gas yang mungkin memberi kesan terhadap ternakan..di samping itu kemahiran menghasilkan tinja daripada najis ternakan juga berkemampuan menghasilkan sumber pendapatan yang lumayan..

Untuk Dijual...Akikah dan Kenduri



Bebiri untuk dijual berat antara 27kg-30kg

Harga antara RM 600 seekor

sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak kami..kawasan yang boleh dihantar terus sekitar Triang, Kerayong, Felda Gugusan Bera, Felda Gugusan Mendi, Kerayong dan Bera.

Tazkirah Ringkas Siri 2

Bahaya dan Dosa Lidah

Lidah adalah anggota ciptaan Allah yang banyak kegunaan dan faedahnya kepada manusia. Peranan lidah yang utama adalah untuk mengingati dan berzikir kepada Allah dan mengajak manusia agar juga turut kembali mengingati Allah. Firman Allah dalam al Quran meminta orang yang beriman agar berzikir mengingatinya, “maka ingatlah daku nescaya aku akan ingat akan kamu.” Baqarah 152.

Begitu juga doa yang selalu diamalkan oleh Nabi saw, “Ya Tuhanku, kami memohon kepadamu lisan yang basah mengingatimu.”

Lidah digunakan juga untuk mengajak manusia kepada mengingati Allah, bahkan Allah telah menegaskan bahawa sebaik-baik dan semulia kata dan ucapan adalah kata-kata yang mengajak manusia mengingati Allah. “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" Fussilat 33.

Lidah berperanan dalam mencegah kemungkaran dan menyeru kepada makruf. Medium penggunaan lidah mencegah kemungkaran diantara yang paling berkesan dan sentiasa menjadi jalan dan method untuk mengajak manusia dan dalam jalan dakwah. Sabda Nabi saw, “Apabila kamu melihat (mengetahui) kemungkaran maka hendaklah kamu mencegah dengan tanganmu, apabila kamu tiada berdaya maka hendaklah mencegahnya dengan lidahmu, dan apabila kamu tiada berdaya lagi maka cegahlah dengan hatimu, yang demikian itu selemah-lemah iman.”

Lidah juga jangan disalahguna, kerana lidah terlalu mudah dengan kesilapan dan dosa. Maka dengan sebab itu, Islam meminta orang beriman agar berkata benar sebagai tanda kesempurnaan iman seseorang. Sabda Nabi saw, “barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah berkata benar ataupun berdiam diri.”

Lidah juga merupakan antara penyebab seseorang menjadi ahli neraka. Dengan sebab lidah, walaupun seseorang itu terkenal orang yang beramal soleh tetapi menjadi ahli neraka sebagaimana hadis Nabi saw, apabila ditanya tentang seorang wanita yang malamnya diisi dengan qiyamullail dan siangnya berpuasa tetapi sering mengherdik dan mencaci jirannya, maka jawab Baginda saw, “Dia ahli neraka.”

Perbuatan lidah menggugurkan amal soleh seseorang apabila lidah tidak dipelihara daripada melakukan kesilapan dan kejahatan. Bukankah Allah taala telah menegaskan dalam Al Quran,
“Perkataan yang baik dan pemberian ma'af lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan . Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” Al Baqarah 263.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti , seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih. Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” Al Baqarah 264

Oleh yang demikian, sedarlah bahawa anggota Lidah merupakan nikmat anugerah Allah yang akan dipertanggungjawabkan dan amanah daripada Allah yang wajib kita memeliharanya.

Anak Putih dah besar ...menuju remaja..



Anak Putih yang lahir 3 bulan lebih yang lalu kini semakin belia remaja..bertambah berisi dan comel..sapa yang berminat sila lah masuk...

Dapat Baby Baru Katjang..sepasang..


Alhamdulilah pada hari Sabtu 28 mac baru ni, katjang yang lama jugak membunting akhirnya berjaya melahirkan sepasang anak jantan betina..setelah sekian lama kami menunggu kelahiran ini..sehinggakan merisaukan jugak lah kami dibuatnya..bimbang kot2 perkara yang tidak diingini berlaku..spt ibu bebiri sebelum ini yg mati disbbkan terlalu lemah selepas melahirkan anak..

bertambah lah ahli baru di NajtiFarmTernak..senyum lebar bapa mertua ku...berhasil juga penat lelah dan keringat yang ditumpahkan selama ini..terasa macam mandapat anak sendiri pulak..kan begitu? ishhh..

SOLD..


hari ni..terjual bebiri sekor..yang jantan bertanduk ke bawah tuuu..sedih juge..tp masa yg sama syukur Alhamdulillah kerana membantu kawan Muslim menyempurnakan hajatnya melakukan ibadah dengan sembelihan Akikah utk cucunya..

saya teringat orang lama dalam industri ternakan ni pernah memberi pesanan kepadaku sebelum aku menjenjaki bidang ni dahulu..beliau mengingatkan aku bahawa ternakan yang kita usahakan ini sebenarnya adalah fitrahnya yang ditentukan Allah utk berkhidmat kepada manusia samada berbentuk perkhidmatan mahupun utk makanan. sekiranya kita cuba mengalihkan matlamat utama ini maka kita telah menghalang satu fitrah dan tabiat alam ini yang Allah tentukan. maka akibatnya mungkin kita kurang keberkatan dalam usaha kita. seperti apabila orang berkehendakkan ternakan kita utk akikah ataupun yang lain ttp kita tidak berusaha utk menunaikan hajatnya kerana kesian, sayang kepada ternakan.
beliau menambah lagi dengan menceritakan satu kisah yang benar yang pernah berlaku, apabila seorang penternak yang tidak pernah mahu menjual ternakannya apabila diminta utk akikah mahupun korban walaupun dia berkemampuan utk menjualnya. satu hari ternakannya itu diserang oleh harimau dimana ternakannya mati kesemuanya, dan apabila disiasat dan dilihat puncanya, semua ternakan itu mati bukan kerana dibaham utk dimakan oleh harimau itu ttp dibaham seolah-olah sekadar dimatikan dan dibunuh oleh harimau kerana semua ternakan yang mati itu hanya luka dibahagian leher sahaja.

sekadar pengajaran petua atau pengalaman utk iktibar semua..

MLM Syariah Pertama di Malaysia


Pada hari Maulid Rasul saw baru ini, HPA telah menganjurkan Seminar MLM Syariah sekaligus melancarkan MLM HPA Syariah yang pertama setarafnya di Malaysia. Peristiwa bersejarah ini meletakkan HPA satu-satunya syarikat MLM yang benar-benar menepati kehendak Syarak.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA sendiri, Tn Hj Ismail Ahmad yang menegaskan bahawa sebanyak 3000 syarikat MLM di Malaysia, belum ada yang benar-benar menepati kehendak Islam.

Usaha menSyari'ekan MLM HPA ini bukan hanya semata-mata untuk menepati kehendak Fiqh Muamalat Islam tetapi bertujuan mendapat keberkatan dan keredhoan dalam perniagaan yang sebenarnya adalah unsur terpenting dalam kehidupan.

Mudahan usaha murni ini menjadi perintis kepada MLM lain di Malaysia.

Kenangan di kandang..





gambar-gambar ceria bersama berpenat lelah di Kandang

Lama tak Pulang ke Kampung / kandang


Dek kerna kesibukan di bandar, sudah agak lama aku tak sempat pulang ke kampung sekaligus melakukan kerja-kerja di kandang. Terasa rindu sesangat kepada suasana kampong, ahli keluarga dan tak dilupakan ternakan di kandang. Apa kabar mereka semuanya ye?

Aku mohon kemaafan kpd adik iparku yang bekerja keras pagi dan petang menjaga ternakan memastikan kesihatan ternakan dan keadaan kandang pada ketika diriku yang tidak dapat lagi menumpukan sepenuh masa kepada bidang industri asas tani ni. namun menjadi keazamanku dari dahulu lagi utk menumpukan perhatianku kepada bidang ni satu masa lagi, bersabarlah wahai PENTERNAK MUDA.

InsyaAllah satu hari nanti, aku pasti akan menjadi seperti kamu semua wahai Para Penternak.

Dalam masa penguncupan ekonomi negara sekarang, aku dan isteri sedang merancang strategi memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan demi masa depan dan juga utk ummah Islam. InsyaAllah..

doakan agar kami dipermudahkan segala urusan. Aminnn

Gaharu dalam Kosmo!




Rencana khas tentang Gaharu dalam Akhbar Kosmo! 26 Feb lalu. utk paparan. sedikit sebanyak naik semangat kita semua.

HPA berjalan Lancar.. Alhamdulilah


Alhamdulilah,setakat ini stokis HPA yg bermula operasi sejak sebulan lebih yang lalu mendapat sambutan menggalakkan. ramai penduduk kampung sekitar yang pernah menjadi ahli HPA sejak bertahun-tahun lama yang tidak aktif membeli produk-produk HPA kini sudah mula aktif. ini mungkin adalah kerana tidak ada stokis terdekat yang boleh mereka kunjungi. jadi dengan adanya stokis kami yang tidak seberapa ini, sekurang-kurangnya membantu para ahli utk mendapat produk-produk yang sesuai dengan penggunaan mereka seperti produk makanan, barangan penjagaan diri, makanan tambahan berasaskan herba, produk barangan dapur dll.

Tazkirah Ringkas


Perasaan Marah

Marah, diantara 10 penyakit batin yang mesti dijauhi yang dipesan oleh Imam Ghazali kepada setiap Mukmin. walaupun marah merupakan sifat fitrah dalam setiap diri manusia namun Islam amat menekankan kepada Mukmin agar mengawal sifat marah. kerana marah itu daripada syaitan, syaitan daripada api, api itu panas dan sejukkan diri anda dengan air. Nabi saw bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra apabila Baginda saw didatangi oleh Abu Darda ra yg meminta Nabi saw menasihati beliau, Baginda saw berkata, " Jangan marah ". Baginda saw mengulangi beberapa kali.

selama ini kita menyangka orang yang gagah adalah orang yang berani memarahi orang lain, tetapi sebenarnya orang yang berjaya mengawal marahnya adalah mereka yang gagah, itulah pesanan Nabi saw dalam hadis. " tidaklah dikatakan mereka yang gagah itu adalah mereka yang menumbangkan lawannya dalam perlawanan, tetapi mereka yang gagah itu adalah mereka yang boleh mengawal nafsunya apabila marah."

berkata ulama, terdapat 4 jenis manusia yang marah, 3 daripadanya tidak baik dan 1 sahaja yang baik utk diikuti.
1. orang yang cepat marah ttp cepat baik (golongan ini agak bagus kerana cepat baik marahnya ttp kurang dari sudut kerana cepat pemarah)
2. orang yang lambat marah ttp bila dah marah lambat baik. (kategori ini pun buruk juga, kerana lambat baik daripada marahnya)
3. orang yang cepat marah, lambat baik (ini kategori yang paling buruk akhlak)
4. orang yang lambat marah, cepat baik (ini golongan paling baik)

Meredakan kemarahan
oleh itu, para ulama kita menyarankan apabila kita marah dalam keadaan berdiri, hendaklah kita duduk, sekiranya belum hilang lagi kemarahan kita dlm keadaan duduk, hendaklah kita berbaring, sekiranya belum juga memberi kesan, hendaklah kita berwuduk. ataupun kita beredar dari tempat dimana kita marah ke tempat yang lain.

jadi, marilah kita kawal marah kita.

Bahasa Jiwa Bangsa



Semalam, hari bersejarah 7 Mac 09, aku turut bersama puluhan ribu rakyat berarak dalam Perarakan Menghantar Memorendum Rakyat ke Istana Negara bagi Memansuhkan PPSMI. walaupun pihak polis telah menghalang perarakan rakyat tersebut, namun program tersebut telah berjaya menunjukkan sikap dan keprihatinan rakyat marhain terhadap PPSMI. rakyat telah bangun menyatakan pendirian mereka, maka dengarlah SUARA RAKYAT. tidak rugi mendengar suara rakyat. ini adalah kerana kedudukan, pangkat, martabat bahkan gaji mereka itulah datang daripada rakyat.

Selamat Menyambut Maulid Rasul SAW 1430h

Bersempena dengan kedatangan sambutan hari Maulid Rasul saw, marilah sama-sama kita memperbetulkan niat dan tekad utk mengembalikan sunnah Rasul saw dan perjuangan baginda dalam setiap acara kehidupan kita. hidupkan sunnah dan amalan nabi dalam gerak geri kita, pekerjaan kita, keluarga kita, negara kita agar peninggalan Nabi saw iaitu ilmu (menerusi al Quran dan Sunnah)kita garapkan membuktikan kecintaan kita kepada Islam. pada hari yg mulia ini kita lakukan beberapa amalan yang ringkas tanda cinta kita kepada Rasulullah saw:
1. Memperbanyakkan selawat kepada Baginda saw dan ahli keluarga baginda
2. Berusaha berakhlak dengan akhlak yang mulia
3. Perbanyakkan zikir
4. amalkan beberapa sunnah Nabi saw spt berpuasa, memakai wangian, solat sunat dll

BELILAH BARANGAN BUATAN BUMIPUTERA MUSLIM MALAYSIA KITA




Barangan yang disarankan kini dah memenuhi market dalam negara, hanya menunggu kita sahaja untuk membuat pilihan yang terbaik demi memajukan Umat Islam.

bekalan dedak habis..


selama 5 hari bekalan dedak/palet kambing bebiri tiada di pasaran sekitar kampung..ditambah pula hujan berterusan menguji ketabahan kami dn jg mereka ........., lapar sakan....nak palet jge ... akhirnya sawit jadi habuan ... yg jge baik utk ternakan ... inilah kelebihan berdekatan ladang sawit...ade jge makanan utk di..mmmbeekk

Berkat Usaha doa..stokis dilantik



Bermula 1 jan 09 ni, saya dan isteri akan memulakan perniagaan berasaskan Produk Herba HPA sebagai Stokis, insyaAllah tempatnya di kampung (F) Tementi Triang Pahang. dekat dengan kandang juge..barangan produk HPA yang sangat bermutu dan mujarab merupakan barangan pasaran utama kami ditambah lagi dengan barangan keperluan masyarakat kampung dan IKS..pasarannya adalah masyarakat F Tementi, F Sebertak, F Rentam yang berdekatan. dimana permintaan kepada produk HPA kian meningkat.

Menyambut Tahun Baru Hijriah 1430h..kambing bebiri masuk kandang baru..




sejak 1 minggu lepas..katjang dan bebiri sudah naik kandang..tapi bebiri segan dan pilih kandang lama lagi..agaknya sebab dah biasa dengan yg lama kot..tengok gambar ibu bebiri dibawah, masih di kandang lama dgn anak masing-masing...