BELILAH BARANGAN BUATAN BUMIPUTERA MUSLIM MALAYSIA KITA




Barangan yang disarankan kini dah memenuhi market dalam negara, hanya menunggu kita sahaja untuk membuat pilihan yang terbaik demi memajukan Umat Islam.

bekalan dedak habis..


selama 5 hari bekalan dedak/palet kambing bebiri tiada di pasaran sekitar kampung..ditambah pula hujan berterusan menguji ketabahan kami dn jg mereka ........., lapar sakan....nak palet jge ... akhirnya sawit jadi habuan ... yg jge baik utk ternakan ... inilah kelebihan berdekatan ladang sawit...ade jge makanan utk di..mmmbeekk

Berkat Usaha doa..stokis dilantik



Bermula 1 jan 09 ni, saya dan isteri akan memulakan perniagaan berasaskan Produk Herba HPA sebagai Stokis, insyaAllah tempatnya di kampung (F) Tementi Triang Pahang. dekat dengan kandang juge..barangan produk HPA yang sangat bermutu dan mujarab merupakan barangan pasaran utama kami ditambah lagi dengan barangan keperluan masyarakat kampung dan IKS..pasarannya adalah masyarakat F Tementi, F Sebertak, F Rentam yang berdekatan. dimana permintaan kepada produk HPA kian meningkat.

Menyambut Tahun Baru Hijriah 1430h..kambing bebiri masuk kandang baru..




sejak 1 minggu lepas..katjang dan bebiri sudah naik kandang..tapi bebiri segan dan pilih kandang lama lagi..agaknya sebab dah biasa dengan yg lama kot..tengok gambar ibu bebiri dibawah, masih di kandang lama dgn anak masing-masing...

kelahiran bebiri baru..alhamdulillah




3 ekor bebiri dilahirkan, ada yg putih, gelap dan kelabu..mcm-mcm ada..

Gaharu lagi...



Tokoh politik pun mengusahakan tanaman gaharu yg saya yakin pengusahaan ini insyaAllah pasti mendatangkan pendapatan yang lumayan satu hari nanti..ini satu contoh antara mereka yang menggarapkan peluang dengan penanaman gaharu yg kebanyakkan saya mendengar khabar mereka yg pernah berada di UPM Serdang satu ketika dahulu dimana disitu mereka mendapat pendedahan ttg kelebihan pengusahaan tanaman gaharu..

SELAMAT HARI RAYA KORBAN 1429 H...




CARA MENYEDIAKAN NASI ARAB (NASI MANDI) SEMPENA HARI RAYA KORBAN...SEDAPPPP ..SILA CUBA RESEPI INI..

Bahan-bahan masakan

1 kg beras basmathi
1 ekor ayam
1 kaki kambing – saiz besar
3 sudu minyak masak
3 sudu minyak sapi
4 biji bawangbesar
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh buah pelaga
3 liter air
Beberapa titik air mawar
Serbuk saffron secukupnya
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya

1. masukkan air dalam periuk besar. Kaki kambing dikelar dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali 1 ekor ayam tanpa dibelah. Masukkan sedikit garam
2. selepas setengah jam angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan kambing terus direbus selama 2 jam. Pastikan air rebusan ditambah jika berkurangan bagi mencukupi 2 liter air utk digunakan memasak nasi.
3. setelah daging empuk tutup api. Angkat daging.
4. sapu serbuk saffron pada ayam dan kaki kambing. Perap seketika.
5. sementara itu basuh beras dan toskan.
6. kisar ketumbar dan pelaga
7. panaskan minyak sapi dan minyak masak kemudian tumiskan bawang.
8. masukkan rempah serbuk yang dikisar tadi. Tumis seketika kemudian masukkan beras, 2 liter air rebusan, masukkan ayam dan kaki kambing. Kacau sedikit sampai menggelegak, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan nasi masak.

penternak jadi penyembelih lembu

aku diminta tlg utk jadi penyembelih korban 7 ekor lembu..hari raya pertama...loteh jge..sakit badan..

Umur ahli baru..bebiri dan katjang



umur bebiri 4 bulan 16 hari..dan katjang 4 bulan 1 hari

Industri lintah..



baru-baru aku melawat kolam ternakan lintah kawan dekat kampung ku..4000 ekor sebagai permulaan..agak menarik industri ini..semakin diminati ramai..potensi yang sangat menggalakkan..

HPA..yang Radix tu..Mai secawan..!




sebuah syarikat pengeluar berasaskan herba yang sedang meningkat naik dan berprestij di Malaysia..aku dan isteri aku mulai serius dengan penggunaan produk herba ini sejak setahun yang lalu sekaligus menjadi ahli dan mendapati khasiatnya amat baik utk kesihatan dan kecergasan. setakat ini HPA telah menghasilkan lebih daripada 150 produk herba yg sesuai utk semua lapisan masyarakat yang merangkumi keperluan utk golongan wanita, lelaki, kanak-kanak, tua dan muda. dan kami sekarang sedang berusaha utk menjadi salah satu stokis..doakan agar kami berjaya..

yang paling penting ialah HALALAN TOYYIBAN (HALAL LAGI BAIK)..buatan Bumiputera Muslim..

gambar dalam ni adalah sebahagian daripada produk-produk harian dan herba kesihatan yang sesuai utk kami dan juga anda semua..antaranya produk keperluan harian di dapur, bilik air, ubatan herba utk pelbagai jenis penyakit, makanan dll.
sesiapa yang berminat utk mendapatkan produk ini dan menjadi ahli bolehlah hubungi kami..

Penternak Muda..


adik ipar, zaini yg gigih bekerja pagi dan petang sepenuh masa di kandang dan tapak ternakan amat aku hargai..mungkinkah ini peluang bagi masa depannya yg diharapkannya akan berhasil..insyaAllah..

Perkembangan baru Ternakan Di Najtifarm




pakat dok mengendong perut yg semakin membesar..ish..ish..kesian tengok..dah tak sampai sebulan lagi..tunggu masa aje nak meletop..

Isu 5 Billion...


aku nampak keratan ni dalam salah satu akhbar tempatan yang menyentak pemikiranku..marilah sama-sama kita pikir..lakukan tindakan yang wajar..wallahua'alam

Gaharu 4 bulan



alhamdulilah, tanaman gaharu agak menjadi..kini dah setinggi 4 kaki lebih kurang..paras dada..

Jab Veterinar melawat..




jab veterinar Bera dtg melawat kandang..melihat progress..mrk puji p'kmbgn projek kami..dan kandang pun didaftar oleh pihak Jab haiwan..

Waterpump




baru beli waterpump, boleh tahan harganya..utk tarik air dr paya blkg rumah ke tapak napier..drpd b'gntung kpd air hujan dn paip, napier agak kurang menjd, lps ni gemok2 ler napier